Tuesday, October 29, 2013

2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM

“Macam ni Zul. Saya ni memang beli satu produk makanan MLM ni. Sebenarnya beli memang untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Disebabkan bila jadi ahli ia lebih murah, jadi saya jadi ahli. Tapi orang atasan saya explain tentang bonus, bila kita dapat ambik orang jadi bawah kita. Jadi untuk mencapai bonus-bonus tu, kita kena cari ahli sebanyak mungkin.. Tapi saya terfikir pulak, kalau terlibat dengan bisnes MLM macam ni, dan ia adalah system pyramid, rasa macam penah dengar benda ni tak halal, jadi takut nak telibat dengan bisnes ni. Ada rasa nak cuba, tapi kalau benda tak halal, tak nak la ambik rezeki yang tak berkat walaupun keuntungannya banyak…Apa pendapat awak?”


Pertama sekali saya explain dulu dari sudut bisnes. Bisnes sebenar MLM bukan dengan cara cari-cari orang duduk bawah kita untuk kita naik. Secara mudahnya, MLM yang betul ialah:

Langkah #1: Kita suka produk dia. Pendek kata, kalau tak jadi ahli pun, memang kita beli. (Self-use)
Langkah #2: Kita kongsikan pada kawan-kawan macam mana produk tu pun boleh bagi manfaat pada mereka. (Retailing)
Langkah #3: Bila dapat income dari no. 2 tadi sebab membantu orang lain dapat manfaat yang sama, bantu pulak kawan-kawan lain yang nak dapat extra income macam kita dengan bantu dia buat no. 1 dan no. 2 dengan betul. (Networking)
Itulah cara yang betul buat MLM.
Cara cari-cari orang sebab kita nak naik adalah cara yang salah. Cara ni bukan sahaja tak berkesan, bahkan ia menjejaskan kredibiliti kita dengan kawan-kawan. Sebab salah cara lah ramai orang buat MLM hilang kawan, hilang ‘maruah’, hilang nama, hilang duit, hilang masa bahkan hilang kerja pun ada.

Hukum Bisnes MLM
Kedua dari sudut hukum, belum ada pakar muamalat Islam yang bagi pengesahan halal kepada mana-mana bisnes MLM kecuali Storm Readers di bawah Telaga Biru. Itu setakat apa yang saya tahu. Walaupun macam tu, tak bermaksud MLM lain tu haram. MLM lain banyak yang belum ada kesedaran dan kesungguhan untuk dapatkan pengesahan halal atas banyak faktor.
So, kalau nak buat MLM, kita kena faham isu syariahnya dulu. Biarlah kita buat bisnes YANG HALAL dan dengan CARA HALAL supaya dapat hasil yang berkat. Bukan sebab tu jer, lagi penting ialah bisnes ni kita nak cerita pada kawan-kawan. Apa akan jadi kalau kita cerita bisnes yang kita pun tak pasti ianya halal dan betul-betul bagus? Kalau kita pilih MLM yang ‘berdosa’, mengerakkannya ialah seolah-olah menyebar luaskan lagi dosa. Kesan bisnes MLM ni bukan kecik, perkembangan dia jauh lebih pantas dari bisnes-bisnes biasa. Sebab tu banyak syarikat marketing berbondong-bondong tukar modus operandinya kepada MLM.

Dua Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM
Isu syariah saya tak dapat huraikan kat sini, cuma saya boleh bagi 2 petanda penting untuk menilai sesuatu MLM iaitu:
Petanda #1: Produknya di beli dengan tujuan sebenar. Pendek kata, kalau jual kepada bukan ahli pun, orang sanggup beli sebab produknya memang bermanfaat dan harganya juga munasabah.
Petanda #2: Income hanya diperolehi dengan cara menggerakkan produk, bukan atas kepala yang kita rekrut. Pendek kata, kalau tak ada seorang pun yang join network kita pada bulan tu, kita masih boleh dapat income sebab produknya memang betul-betul boleh digerakkan. Rekrut orang dalam bisnes MLM sebenar bukanlah untuk dapat income ‘taja kepala’, tapi untuk membuka cawangan baru yang turut menggerakkan produk dengan lebih banyak. Bukan untuk tangkap muat orang masuk bawah kita untuk kita makan komisyen atas dia.

Awasi Amalan Tak Sihat Dalam MLM
Ketiganya, kena hati-hati bilamana sesuatu MLM tu hidup mati hanya fikir cari orang downline, downline, downline. Bisnes macam tu biasanya skim cepat kaya yang bertopengkan MLM. Sebab nak dapat lesen, terpaksalah adakan produk, tapi produk bukanlah perkara penting dalam bisnes mereka. Bisnes MLM yang sihat perlulah balance antara jualan peribadi (menggerakkan produk dengan cara sebenar) dan merekrut pengedar baru (melebar luaskan networking).Kekadang kita pun keliru sebab terlalu banyak MLM. Semuanya ada dakwaan yang bagus-bagus. Jadi, untuk memudahkan sahabat menilai sesuatu MLM samada ianya (1) MLM yang ‘betul’, (2) MLM yang ‘salah’, (3) MLM yang betul tapi dijalankan secara salah, di sini saya senaraikan beberapa amalan yang tak sihat yang perlu sahabat semua awasi iaitu:
-Produk tak berapa penting. Jualan peribadi tak diberi perhatian.
-Head-hunting. Sebahagian besar gerak kerjanya ialah merekrut downline baru.
-Front-loading. Perlukan modal yang besar untuk sertainya.
-Pinjaman. Untuk sertainya, anda perlu buat pinjaman disebabkan faktor no. 3 di atas.
-Menjanjikan pendapatan tetap. Tak ada bisnes yang boleh jamin ‘fixed income’. Semuanya ada turun naiknya.

Kalau sahabat-sahabat dapat menghidu ciri-ciri di atas, sila fikir 20 kali sebelum join supaya kita tak hilang duit, hilang kawan dan yang paling penting, hilang maruah! Untuk rujukan lanjut tentang MLM ni, saya suggest baca artikel ni:
Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM – Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
MLM: Awas Dengan Pemburu Kepala! – Artikel terdahulu saya.
Saya rasa, artikel-artikel tu sedikit sebanyak menjawab persoalan asas tentang MLM. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.

credit: http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/2-petanda-asas-menilai-sesuatu-mlm.html#ixzz2j01S2grE

Soalan dr pembaca kepada Ustaz Zul :

Anonymous June 17, 2012 at 11:28 pm
Salam en zul, sy nak tny pasal mlm xxxxx. Adakah ianya halal disisi islam. Sy berminat jugak nk sertai. Tp marketing plan die suruh carik org bwh dahulu kemudian baru jual barang. Sy bace kat blog xxxxx dan mcm2 die kutuk psl xxxxx ni.. Sokong org kafir la ape la smpai sy cuak pulak.. Bole en zul tolong jelaskan.. Maklumlah sy ni buta skit dlm hal2 bisnes ni tp taknak la jlnkan bisness yg tak halal.. Thanks
8Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2012 at 12:29 am
Wslm tuan/ puan,
Saya tak berani kata halal atau haram. Cara MLM yang tulen ialah pakai produk dulu, bila kita puas hati, then recommend pada orang lain. Bila kita dah dapat income dari jualan, then baru start expand network.
Macam kita buka kedai jugalah. Pertama kita buka kedai pertama dulu. Bila kedai pertama dah ada regular customer, dan establish, then baru kita buka cawangan baru untuk kembangkan bisnes. Kalau kedai pertama pun tak boleh jana income lagi, pelik la kalau terus buka banyak cawangan baru.
Saya tak nampak bisnes MLM yang cari orang dulu baru jual produk sebagai MLM yang sihat.
Wallahu a’lam.

anonymous October 28, 2013 at 4:11 pm
Bagaimana pula dgn Shaklee?
12Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2013 at 7:39 pm
Shaklee produk ok. Produk tulen, dan dijual dengan tujuan sebenar. Cuma pastikan kumpulan yang menjalankanb bisnes tu pun dijalankan dengan cara yang betul, bukan front-loading. Wallahu a’lam.

Alhamdullilah, masih di landasan yg betul :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...