Friday, December 30, 2011

Jalan & Jalan-Jalan


Alhamdullilah, dq dh dpt kaki *jalan* dgn jaya ny. 1 thn 1 bln +++. Skrg, kalau g shooping complex, mmg nk jln sndiri dh. X mau pegang org. Tp nk tolak stroller/trolley. Adoiiii... Klau tgk dia jln, mmg nmpk sgt cm bdk br leh jln. Terkodek2 lg..

Pisang goreng cheese. Byk tu rm4... Sa ckp sikit ja pisang ny. Tak puas mkn. Nk mkn byk2, beli pisang & goreng sndiri ye... Hahah.. Tp sedap lh sbb msih pns2 & dimkn dgn cheese tu.. Mmg licin lh kitrorg mkn.

Bisnes DQ pon alhamdullilah.. Makin berkembang maju :). Last week, ada sorg customer tu borong 150 pcs +++. :) Skrg ni, tgh tmbh collection Dq, dr kek lapis Srwk ke tikar evamatic. & skrg toys unt baby plak.

P/s: Apa azam tahun baru nnti.. Lg 2-3 hari dh nk msuk 2012.
*aku nk tmbh lg team DQ :p*

Published with Blogger-droid v1.7.2


Jom like page DQ http://www.facebook.com/dqevamatic

Wednesday, November 9, 2011

DQ = 1

DQ sudah 1 thn.. :) Tp masih dok manja2 dgn ibu n abah.. cm na ibu nk bg adek kt DQ ni.. :)




p/s: Semoga DQ menjadi ank yg soleh unt ibu n abah nnti ye.
* disebalik air milo tesebut, ada kisah yg tlah berlaku.. :( will update later

Thursday, October 27, 2011

misi melipat kain

At last berjaya jg mengosongkn 3 bakul yg dipenuhi dgn bj2. Haha..

Misi ini dpt dijayakn dgn lebih mudah berikutan big boss sedang tidur dgn nyenyak ny..

Sudah lma xupdate blog. Tp setiap hari dok blogwalking kt blog org lain. Hehe.

P/s: nov is coming. Birthday big boss dh dekat..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, September 29, 2011

Panduan Suami baik..

Panduan Suami baik..

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
*
by: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Friday, September 16, 2011

Apa tema korg tahun ni?



Selamat hari raya maaf zahir & batin..
From DQ & Family

Thursday, August 11, 2011

Puasa, Solat & Aurat

Bila bulan puasa, byklh aktiviti yg berunsurkn dakwah tak kira di tv, radio, internet, paper & magazine. Yang selalu menjadi topic perbualan di awal bulan puasa selalu ny pasal ibadat. MHI jg tidak ketinggalan menambah slot bersama ustaz pd setiap pg. Last week ny ustaz aku tak suka sgt, yg this week ny mmg menarik ckit *bkn ckit tp byk2!!* Dato’ Ustaz Hassan Din al Hafiz.

Antara yg Ustaz Hassan bangkitkn pasal SOLAT & PUASA. Ustaz Hassan ckp, ada yg berpuasa, tp TAK solat. Ada tak yg SOLAT tp tak puasa. Kalau ada yg solat tp tak puasa mmg pelik dia ckp.. Lps tu aku pun terfikir, ada tak org yg cm tu…

Lg satu, pasal aurat, solat & puasa. Aku ada terbaca sorg hamba Allah punya status kt FB, hamba Allah punya statement lebih krg cm ni lh “Pelik aku dgn sorg wanita tu, tak bertudung tp solat magrib. Adakah puasa & solat wanita tersebut diterima. “

Apa pandangan korang dgn apa yg dibangkitkan oleh Ustaz Hassan & statement hamba Allah tersebut..

Tuesday, August 2, 2011

Tidok

Mengantuk sgt smpai duduk pon nk tidok jg. Mcm aksi skrg..

Published with Blogger-droid v1.7.2

Wednesday, July 27, 2011

Port Baru

Ini lh tempat kegemaran darwish skrg.. Ibu masuk kn brg dlm bakul,dia akan keluar kn balik.. Abes smua nk masuk mulut.. :)
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 15, 2011

subuh

Start from 2day, menjadi ibu & abah unt Dq selama 2weeks.. :( abahny ada induksi di kemaman.. Udah lh Dq tak berapa nk sihat skrg.. Dh 4 hari demam,tp tak pns sgt cm b4 neh..
Next week kiteorg balik semenanjung ber2..
P/s: slmt menunaikn solat subuh.. Mode tak dpy tidur. Br bslik dr airport
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, July 14, 2011

Julai

Testing :) alhamdullilah rezeki dq semakin murah lately.. tp dq demam lg plak. esokny abah nk g kursus induksi 2weeks

Sunday, June 12, 2011

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu... Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-
1) KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP
Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
2) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.
3) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
4) BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
5) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.
6) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
7) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
8) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.
9) JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
10) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.

Sumber: Kump. Ibu Menyusu :)

Thursday, May 26, 2011

Delivery Boy

Lately, almost every day DQ Kek Lapis mendapat tempahan kek lapis. Alhamdullilah, murah rezeki DQ. So, mmg every day jg lh kena membuat delivery kek lapis. :) Tp DQ mmg suka dok dlm keta, pantang je tgk org siap2 excited je nk suruh org ambil dia.. So far, DQ mmg tak byk ragam lg, everything stil in control :). I loike!!

Penat sampai tertidok. :)

Bermacam2 gaya kat car seat. :P


Pic Passport DQ b4 misi membuat rambut dijalankan

Ini lh hasil setelah misi tersebut berjaya.
Pasport Perjalanan Terhad (Sarawak)

p/s: esok kami semua mahu naik belon pulang ke tanah air.. :P


Monday, May 16, 2011

Sempit

Suka sgt nk explore kat ruang yg sempit.. Kalau tinggal kejap, n then dtg balik, msti kat c2 port dia.. kaki dh masuk bwh sofa.. :)






p/s: dh bw DQ g tgk wayang.. ok je.. Next time leh la bw lg.. Good boy :)

Thursday, May 12, 2011

BIG BOSS DQ

Sudah hmpir sebulan lebih DQ Kek Lapis beroperasi, Alhamdullilah mendapat sambutan yg mengalakkan. Setiap hari, Big Boss DQ sentiasa menemani ibu pergi amek kek n delivery kat poslaju.

Big Boss dok kira order dgn calculator

Berusaha nk masuk bwh meja, tp tak berjaya jg

Abes note ibu Big Boss amek wat main.. :P

p/s: boleh lh terjah blog Big Boss DQ


Sunday, May 8, 2011

CONTEST " I'M PROUD TO BE A MOTHER "


Sempena Hari Ibu, jom join contest yg dianjurkan oleh Puan Ainul.
*Gambar telah dipilih & diedit oleh Abah DQ. :) TQ abah..

Nama Ibu: SYUHAILA BINTI MUSTAFA
Nama anak: DARWISH QUSYAIRI BIN SHAHRUL AZHAR (DQ SA)

Syarat-syarat

1. Jadi follower blog ainul (Done)
2. Letakkan banner ni kt blog korang (Done jg)
3.Letak gambar korang bersama anak anda @ anak sedara ke.. (Done)
4.tag sekurang-kurangnyer 3 org
5.tinggalkan link entry pada comment (Done)

Tarikh tutup 30/5/2011

Hadiah

Kain pasang cotton Viscose & special present from Turki / Russia

Pemenang adalah berdasarkan gambar yang paling menarik, kreatif

*Selamat Hari Ibu for all mommies.. :) I'm proud to be a mother.

Tuesday, May 3, 2011

Sebelum, Selepas & Semasa



Terpaksa mencurahkan stok ebm DQ ke dalam sinki berikutan skrg beliau sudah krg minum susu. :( Every 2-3 weeks, mmg kena wat clearance esbox.. Kalau x, tak leh nk sumbat benda lain dh.. So, sinki lh tempat yg paling sesuai unt disemadikan.. :P

Sebelum dicurahkan ke dalam sinki (dgn nada sedih)

Beliau sedang lena ketika stok EBM ny akan dilupuskan :P

Setelah melalui proses pembersihan :)

DQ sudah berusia 6bln :)

p/s: Bulan May sudah menjelma. Yahooo!!!!

Tuesday, April 26, 2011

Sebuah Kotak Cinta


Foto kredit: www.dadcando.com

“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.

“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa.

Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.

Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.

Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.

Perkahwinan itu indah.

KENANGAN LALU

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.

Sepatutnya.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.

Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.

Ia seperti sebuah kotak yang kosong.

Cinta hanya ada dalam diri manusia.

Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.

Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.

Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Perkahwinan, medan memberi.

Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Monday, April 25, 2011

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Source

Saturday, April 16, 2011

Keputusan Pilihanraya Sarawak

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.
p/s: kami sekeluarga mengundi di Serikin :)

Wednesday, April 13, 2011

Tok & Tok Wan dtg hari ni :)

Sempena meraikan kedatangan tok & tok wan Darwish, ibu upload pic yg tok n tok wan mai hari tu.. Sekadar mengimbas kembali kenangan lalu.. :)

Membeli kek lapis unt dibawa pulang


Tok Wan & Darwish ( Kecik2 dh pijak kepala buaya.. ) Caya lh DQ

Di Kampung Budaya, Sarawak

Tok Wan & Darwish again

p/s: Ni masa Darwish br 2 bln.. Skrg dh 5 bln +++
Nnti kn Tok mai Sarawak siri 2 plak :)

Tuesday, April 12, 2011

Demam :(

Hampir 5 hari Darwish tak berapa nk sihat aka demam, batuk n selesema.. Kejadian berlaku selepas injection 5 bulan tempoh hari. Ibu ny terlupa nk kasi ubat demam lps injection.. Sorry Darwish :( .. Before neh, balik je dr kliik, trus bg ubat.. Tak sangka plak mlm tu dalam pukul 2 lebih tiba2 badan dia panas..Apalagi, si ibu kejut lh Dr Abah. Dr Abah lh yg amek air sejuk, lap kan kat badan Darwish.. Kebetulan, ubat demam yg hari tu ada lg, trus bg mkn ubat. Dr Abah sentiasa dok monitor suhu bdn Darwish.. Si ibu hanya menerima arahan drpa Dr Abah.. :P

Hari jumaat cm dh ok, so g lh hntr nursery. Tp bila mlm, bdn dia pns balik. Dr Abah mcm biasa, menjalankan tugas dgn sebaik mungkin.. Bila time demam, jadual poo poo si DQ neh lain plak. Kalau normal, dia akan poo poo dlm pkul 5.30-6.30pg, tp bila demam, lg awal plak dia buat projek, pkul 2-4pg. :) Pagi2 dh bagi hadiah special kat ibu..

Disebabkan demam masih berlarutan, ahad pg trus bw DQ g klinik. Dr ckp, byk kahak dia,so Dr suggest sedut gas unt buang kahak.. :( Kejap je pon sedut gas tu, tp nagis kuat jg lh si DQ time tu.. Dr Abah ckp kat Dr betul, ubat demam,selesema n batuk stil ada lg. Dr betul just bg antibiotic. :) Dr Abah request ubat bontot plak kat Dr. Mcm2 toi Dr Abah neh.. :P

Lps tu, bw si DQ p jln2 kat Hills, bwh hotel Pullman, tempat Wan Dr Mardina stay hari tu.. Pelik plak, ramai toi org.. Rupany ada pertandingan anjing.. Kiteorg pon tak fhm mcm na diorg nk select pemenang.. Tp mmg cantek n gagah lh anjing2 yg bertanding hari tu.. :P Rugi Dr Abah tak bw camera.. Aiyooo.. Si DQ baik je plak hari tu, lama jg lh dpt jln2, kalau tidak, kejap je, lps tu dh merengek2..

Next destination, port favrot kami sekeluarga, EMART.. Dr Abah nk bli apa ntah, ikut je lh. Si ibu mendukung DQ yg sedang enak dibuai mimpi indah di siang hari.. Selalu ny, kalau kacau dia tidok, msti nagis, tp hari tu ok ja. Dr Abah dpt membeli brg dgn hati yg senang sbb Si Ibu yg dukung DQ.. Siap boleh dok test2 spec mata lg.. Ini telah menimbulkan kemarahan Si Ibu.. :P

budak demam :(

Macam2 ragam anak bila diorg demam.. Esok tok n tok wan dh nk mai.. Kejap ja masa berlalu.. :)

p/s: musim demam kot skrg.. ramai yg demam.. :( Semoga cepat sembuh ye..


Wednesday, April 6, 2011

Klinik Ibu & Anak, Penamaan Calon

Hari ni ada appointment kt KIA Kg Gita. Darwish nk kena cucuk unt dos yg ke 3.. Walau pon agak ramai org, tp service cepat plak.. So, tak de lh lama sgt menunggu.. Tp sempat lh si DQ neh dok merengek.. Ngantok.. Aku dukung smbil berdiri kat dpn kaunter, nurse tu sibuk suh aku duduk.. Aiyoooooo…Org berdiri kat c2 bkn ny sja2, tak mau bg si DQ neh nagis.. :P Mungkin aku blocking dia tgk tv kot, time tu ada citer indon TV3 tu, apa ntah tajuk dia, sejuta cita Marshanda kalo tak silap.. hahah.. Patut lh beria2 suh aku duduk.. Sowi ye nurse..

No giliran DQ 181, nk dekat kui 3 jg lh kiteorg smpai. Time tu br no 167.. Ingt kn lmbt lg lh turn kiteorg, tp sangkaan ku meleset.. hahah.. Dlm 15 minit lps tu, no si DQ neh pon dipanggil.. Cm biasa lh, 1st skali timbang berat....Aku budget DQ dlm 8kg++.. Jangkaan ku hampir tepat ..Berat DQ skrg sudah mencecah 8.24 kg.. J

Lps tu, Nurse tu dok soal selidik aku pasal DQ.. Soalan standard, minum susu apa skrg, FM @ still BF? Apa lg ntah yg dia taya, aku pon dh lupa + tak berapa nk fhm pelat cni.. Lps disoal siasat, nurse tu suh p kat blkg unt step yg terakhir.. Nk inject DQ.. Alhamdullilah, DQ nagis masa nurse tu cucuk jarum ja, lps tu dh ok.. Tp yg msa injection unt 3month, lgsg DQ tak nagis.. J Good Boy!!!!

Lps tu kena register plak kat kaunter sbb dulu aku bersalin kat Kedah. Tak psl2 kena bebel dgn nurse tu, dia ckp lain kali, kalo pindah, kena register.. Si DQ dh lh ngantok, lmbat plak nurse tu nk rekod kn dlm buku register tu..

Setle ja, trus pecut balik umah.. Dlm kui 3.40 pm smpai umah, DQ minum susu skit ja trus pengsan. Tak sempat nk berdongdang sayang dh..Kalo tak, dlm setengah jam jg lh dok berdondang syg dgn si DQ sebelum nk lolapkan matanya.. J

Hari ni 6/4/2011 merupakan penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak.. Aku budget jalan jem lh masa nk p keja.. Rupany lenggang je jln.. Musykil aku.. Kalo kat semenanjung, jln msti sibuk dgn penyokong2 parti yg bertanding.. Abah DQ siap psn mcm2 wasiat, nnti byk polis, bw slow2, pakai seatbelt, jgn mcm2 lg lh.. :P

DQ excited Tok & Tok Wan nk dtg melawat dia :)

Next week Tok & Tok Wan DQ nk mai Kuching lg.. Yahoooooooo!!!!!!!

p/s: Selamat Mengundi J

Thursday, March 31, 2011

Ayam Goreng Kunyit SA..

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong)
5 tangkai kacang panjang (dipotong)
3 sm kunyit (dikisar) * kalau tak ada kunyit hidup, guna kunyit serbuk* :)
2 ulas bwg putih (dikisar/ditumbuk)
1 biji bwg bsr (dipotong bulat)
1/2 btg lobak merah (dihiris *ikut kreativiti masing2)
1 sudu bsr serbuk kari
1 sudu bsr madu
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat:
1) Perapkan ayam dgn serbuk kari,madu dan bhn kisar selama 15 minit
2) Goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan bawang, kacang pnjg &lobak merah. Gaul rata. Tambah garam secukup rasa.
3) Tuang sedikit air supaya kacang pnjg & lobak merah empuk.

*sekadar gambar hiasan*

p/s: Resepi ini dirujuk dlm buku Kompilasi Masakan Ayam keluaran Alaf 21.. Resepi ini En. Shahrul Azhar yg buat.. not bad for 1st trial.. :)
Selamat memasak.. :)

Sunday, March 27, 2011

A B C Darwish!!!

Darwish & A B C!!! Suka toi DQ neh sbb colourful.. Dh mcm nursery plak umah kiteorg.. :)


Neh abah DQ yg beria nk beli.. Ibu layan kn je lh.. Kiteorg yg over plak, balik ja trus pasang.. :P

p/s: asyek bli unt DQ, ibu n abah tgk je lh.. :)

Friday, March 25, 2011

EBM & Tok nk mai Kuching lg!!!!

Mood skrg sgt lh happy kerana tok n tok wan darwish nk datang Kuching lg.. Bila happy, br lh semangat nk update.. J Pejam celik, pejam celik, dh nk masuk bln april.. Sungguh pantas masa berlalu..

Sampai hari ini Darwish masih lagi fully bf. Alhamdullilah.. Lately, susu pon makin bertambah dgn jayany..


ni hasil pg td.. tak sedar pon, tgk2 dh penuh.. :)

hasil pg semalam.. :)

last week ny.. disebabkan mls nk bgn tukar botol, guna botol avent lg senang. *ibu yg mls*

stok ebm DQ. dulu double line je, skrg dh berline2.. :)

p/s: bila happy, susu pon byk.. sila happy selalu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...