Tuesday, June 25, 2013

[Tips] Untuk tingkatkan produktiviti susu ibu : Power Pumping

Apa itu Power Pumping [PP] ?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mumies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Bila nak buat PP?
Bila bila masa dimana sahaja. memang pada dasarnya bagu sbuat tengah malam hingga ke pagi sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi apa2 jika buat pada waktu lain.Saya buat PP pada waktu lunch di pejabat sambil2 nak solat, nak makan tengahari. Juga dalam perjalanan ke project sites. kan ne tujuan PP ni untuk create more demand.

Jadikan PP amalan
Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan.Saya jadikan amalan 3 kali seminggu WAJIB! dan juga bila2 masa saya ada waktu senggang sementara tunggu flight/perjalanan ke project sites dan sebagainya.

Susu saya banyak.. perlu ke PP?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapai sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. PP ni buatlah amalan.
mana bagus? .. Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..
Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. harus dingat suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza.Jadi adalah lebih bagus PP dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast kang.

p/s: alhamdulillah dgn kaedah ini, susu sy yg drop last week sudah back to normal. :)

Tuesday, June 4, 2013

Promo June: Meal Shakes

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Promo bulan ini sangatlah best bagi kaum ibu, anak2 & tak lupa jg bapa2. All in 1 :)
Tak sempat nk promo lg, dh byk order masuk. Memang berbaloi2 beli mealshake ini.



Meal Shakes merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia meyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yag diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Selain itu, Meal Shakes juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein.

Meal Shakes sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak yang:
- sering jatuh sakit (selesema, demam & batuk)
- kerap sembelit
- enzema & kulit sensitif
- masalah asthma
- kurang selera makan
- obesiti (masalah berat badan berlebihan)

Kenapa kanak-kanak obesiti memerlukan MealShakes juga? Hal ini kerana, Meal Shakes dapat membantu mendapatkan berat ideal, tidak terlalu kurus & tidak terlalu gemuk. 

Sesuai diambil oleh semua golongan, tak kira kanak-kanak, nenek, atuk, ibu  & bapa.  Di samping dapat meningkatkan tenaga, ia juga memperlengkapkan keperluan nutrisi.

Rasa Meal Shake macam mana ye? Sanggatttt sedappppp.. Anak2 pasti suka..  Asyik nk minum susu sbb rasa sedap macam asikrimmm vanila.. Tak percaya? Anda patut cuba ya :)

*Untuk kesihatan optimum, dicadangkan pengambilan Meal Shakes bersama dengan Omega & Chewable Vit C. Kesemua ini adalah gabungan yang bagus untuk perkembangan IQ dan sistem saraf kanak-kanak.

SYUHAILA BINTI MUSTAFA (SID: 905862)
0193823653; syuhailamus@gmail.com
Facebook: syuhaila mustafa


Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...