Tuesday, April 26, 2011

Sebuah Kotak Cinta


Foto kredit: www.dadcando.com

“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.

“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa.

Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.

Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.

Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.

Perkahwinan itu indah.

KENANGAN LALU

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.

Sepatutnya.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.

Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.

Ia seperti sebuah kotak yang kosong.

Cinta hanya ada dalam diri manusia.

Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.

Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.

Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Perkahwinan, medan memberi.

Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Monday, April 25, 2011

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Source

Saturday, April 16, 2011

Keputusan Pilihanraya Sarawak

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.
p/s: kami sekeluarga mengundi di Serikin :)

Wednesday, April 13, 2011

Tok & Tok Wan dtg hari ni :)

Sempena meraikan kedatangan tok & tok wan Darwish, ibu upload pic yg tok n tok wan mai hari tu.. Sekadar mengimbas kembali kenangan lalu.. :)

Membeli kek lapis unt dibawa pulang


Tok Wan & Darwish ( Kecik2 dh pijak kepala buaya.. ) Caya lh DQ

Di Kampung Budaya, Sarawak

Tok Wan & Darwish again

p/s: Ni masa Darwish br 2 bln.. Skrg dh 5 bln +++
Nnti kn Tok mai Sarawak siri 2 plak :)

Tuesday, April 12, 2011

Demam :(

Hampir 5 hari Darwish tak berapa nk sihat aka demam, batuk n selesema.. Kejadian berlaku selepas injection 5 bulan tempoh hari. Ibu ny terlupa nk kasi ubat demam lps injection.. Sorry Darwish :( .. Before neh, balik je dr kliik, trus bg ubat.. Tak sangka plak mlm tu dalam pukul 2 lebih tiba2 badan dia panas..Apalagi, si ibu kejut lh Dr Abah. Dr Abah lh yg amek air sejuk, lap kan kat badan Darwish.. Kebetulan, ubat demam yg hari tu ada lg, trus bg mkn ubat. Dr Abah sentiasa dok monitor suhu bdn Darwish.. Si ibu hanya menerima arahan drpa Dr Abah.. :P

Hari jumaat cm dh ok, so g lh hntr nursery. Tp bila mlm, bdn dia pns balik. Dr Abah mcm biasa, menjalankan tugas dgn sebaik mungkin.. Bila time demam, jadual poo poo si DQ neh lain plak. Kalau normal, dia akan poo poo dlm pkul 5.30-6.30pg, tp bila demam, lg awal plak dia buat projek, pkul 2-4pg. :) Pagi2 dh bagi hadiah special kat ibu..

Disebabkan demam masih berlarutan, ahad pg trus bw DQ g klinik. Dr ckp, byk kahak dia,so Dr suggest sedut gas unt buang kahak.. :( Kejap je pon sedut gas tu, tp nagis kuat jg lh si DQ time tu.. Dr Abah ckp kat Dr betul, ubat demam,selesema n batuk stil ada lg. Dr betul just bg antibiotic. :) Dr Abah request ubat bontot plak kat Dr. Mcm2 toi Dr Abah neh.. :P

Lps tu, bw si DQ p jln2 kat Hills, bwh hotel Pullman, tempat Wan Dr Mardina stay hari tu.. Pelik plak, ramai toi org.. Rupany ada pertandingan anjing.. Kiteorg pon tak fhm mcm na diorg nk select pemenang.. Tp mmg cantek n gagah lh anjing2 yg bertanding hari tu.. :P Rugi Dr Abah tak bw camera.. Aiyooo.. Si DQ baik je plak hari tu, lama jg lh dpt jln2, kalau tidak, kejap je, lps tu dh merengek2..

Next destination, port favrot kami sekeluarga, EMART.. Dr Abah nk bli apa ntah, ikut je lh. Si ibu mendukung DQ yg sedang enak dibuai mimpi indah di siang hari.. Selalu ny, kalau kacau dia tidok, msti nagis, tp hari tu ok ja. Dr Abah dpt membeli brg dgn hati yg senang sbb Si Ibu yg dukung DQ.. Siap boleh dok test2 spec mata lg.. Ini telah menimbulkan kemarahan Si Ibu.. :P

budak demam :(

Macam2 ragam anak bila diorg demam.. Esok tok n tok wan dh nk mai.. Kejap ja masa berlalu.. :)

p/s: musim demam kot skrg.. ramai yg demam.. :( Semoga cepat sembuh ye..


Wednesday, April 6, 2011

Klinik Ibu & Anak, Penamaan Calon

Hari ni ada appointment kt KIA Kg Gita. Darwish nk kena cucuk unt dos yg ke 3.. Walau pon agak ramai org, tp service cepat plak.. So, tak de lh lama sgt menunggu.. Tp sempat lh si DQ neh dok merengek.. Ngantok.. Aku dukung smbil berdiri kat dpn kaunter, nurse tu sibuk suh aku duduk.. Aiyoooooo…Org berdiri kat c2 bkn ny sja2, tak mau bg si DQ neh nagis.. :P Mungkin aku blocking dia tgk tv kot, time tu ada citer indon TV3 tu, apa ntah tajuk dia, sejuta cita Marshanda kalo tak silap.. hahah.. Patut lh beria2 suh aku duduk.. Sowi ye nurse..

No giliran DQ 181, nk dekat kui 3 jg lh kiteorg smpai. Time tu br no 167.. Ingt kn lmbt lg lh turn kiteorg, tp sangkaan ku meleset.. hahah.. Dlm 15 minit lps tu, no si DQ neh pon dipanggil.. Cm biasa lh, 1st skali timbang berat....Aku budget DQ dlm 8kg++.. Jangkaan ku hampir tepat ..Berat DQ skrg sudah mencecah 8.24 kg.. J

Lps tu, Nurse tu dok soal selidik aku pasal DQ.. Soalan standard, minum susu apa skrg, FM @ still BF? Apa lg ntah yg dia taya, aku pon dh lupa + tak berapa nk fhm pelat cni.. Lps disoal siasat, nurse tu suh p kat blkg unt step yg terakhir.. Nk inject DQ.. Alhamdullilah, DQ nagis masa nurse tu cucuk jarum ja, lps tu dh ok.. Tp yg msa injection unt 3month, lgsg DQ tak nagis.. J Good Boy!!!!

Lps tu kena register plak kat kaunter sbb dulu aku bersalin kat Kedah. Tak psl2 kena bebel dgn nurse tu, dia ckp lain kali, kalo pindah, kena register.. Si DQ dh lh ngantok, lmbat plak nurse tu nk rekod kn dlm buku register tu..

Setle ja, trus pecut balik umah.. Dlm kui 3.40 pm smpai umah, DQ minum susu skit ja trus pengsan. Tak sempat nk berdongdang sayang dh..Kalo tak, dlm setengah jam jg lh dok berdondang syg dgn si DQ sebelum nk lolapkan matanya.. J

Hari ni 6/4/2011 merupakan penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak.. Aku budget jalan jem lh masa nk p keja.. Rupany lenggang je jln.. Musykil aku.. Kalo kat semenanjung, jln msti sibuk dgn penyokong2 parti yg bertanding.. Abah DQ siap psn mcm2 wasiat, nnti byk polis, bw slow2, pakai seatbelt, jgn mcm2 lg lh.. :P

DQ excited Tok & Tok Wan nk dtg melawat dia :)

Next week Tok & Tok Wan DQ nk mai Kuching lg.. Yahoooooooo!!!!!!!

p/s: Selamat Mengundi J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...