Thursday, September 2, 2010

Petua Tambah susu badan


n3 ni psl nk menambahkan susu badan..bgus gk info neh...meh lh sama2 kita share unt kegunaan bersama kelak..


1. Kerap Menyusu
Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil.
Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan Tradisi
Orang-orang lama suka mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada mayarakat melayu sahaja. Malah kaum cina dan india turut menggunakan kaedah yang sama.
Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobah putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makan Herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian dapat menambahkan pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan.
Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum Air Ikut Keperluan
Selain dari pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan anda perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

5. Posisi Yang Betul
Selain daripada keselesaan, amat penting untuk anda mendapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, anda perlu mendapatkan tunjuk ajar dari jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

6. Ubat-ubatan
Anda boleh memperolehi ubat ini di farmasi berdekatan. Walaubagaimanapun ubat-ubat ini tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau maxalone boleh memberikan kesan sampingan pada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan untuk ibu yang merangsang pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.

1 comment:

ida ahmad said...

Nice sharing.. semoga semua ibu kekal cergas dan dapat menyusukan bayi dengan happy dan mencukupi.

Vitamin untuk kesihatan dan kecergasan BF mom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...