salam, kali ni aku nk share ckit psl mslh yg slalu dihadapi oleh ibu2 yg tgh mengandung..mula2 nk share psl posisi tidur, tp msti dh rmai yg tau kn..kita better tidur mengiring ke sebelah kiri..that y aku nk share psl lain plak..jom layan~~
Saat melalui kehamilan, pelbagai jenis ketidakselesaan akan anda alami. Ikuti pandangan Dr. rasliza ramli dari Pusat Perubatan KPJ Kajang agar kehamilan yang menyenangkan dapat dinikmati.
- Masalah: Mual atau muntah
Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hingga ke-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.
Cara Mengatasi :
1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa.
4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan.
6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.
- Masalah: Sembelit atau kembung perut
Punca: Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.
Cara Mengatasi :
1.Minum air mencukupi minimum 6 - 8 gelas sehari.
2.Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau.
3.Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus.
- Masalah: Sakit belakang atau pinggang
Punca: Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.
Cara mengatasi:
1.Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri.
2.Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barangan yang berat.
3.Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.
- Masalah: Pedih ulu hati
Punca: Kehamilan menyebabkan asid di dalam perut lebih banyak daripada biasa. Keadaan rahim yang makin membesar menekan perut memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus membuatkan rasa pedih di dada. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat. Oleh kerana hormon ini mengembang, melonggarkan dan meregangkan otot, jadi asid mudah naik ke esofagus.
Cara mengatasi:
1.Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
2.Keadaan tidur perlulah dalam separa duduk dan bukannya menelentang.
3.Jika berlanjutan, perlu ambil antasid untuk melegakannya.
_________________
Bersih Suci & Merawat
sumber: www.mengandung.com
p/s: lps neh nk share petua menambahkn susu bdn plak..hehe..(excited plak aku~~~)
No comments:
Post a Comment