Friday, January 14, 2011

4 Tips Memupuk Minat Anak untuk Belajar

Tips neh sesuai unt semua ibu2,bakal ibu serta yang seangkatan dgnnya.. selamat beramal~~


Childrens-Day-learn-696

Sesetengah anak “allergic” bila terdengar dari mulut ibubapanya satu perkataan ajaib…(baca perkataan2 ini dengan suara yang menyeramkan)..”BELAJAR“… “BELAJAR“..”BELAJAR:twisted:

Kenapa boleh jadi macam tu ye? Sedangkan pada hakikatnya, kita tak perlu pun susah-susah nak pupuk minat belajar ke dalam diri anak-anak kita. Kerana, Allah swt dengan sifat rahimNya, telah pun menghadiahkan sifat SUKA belajar kepada setiap anak-anak yang lahir ke muka bumi ini. ~termasuklah anak-anak kita :)

Tak caya? Ini buktinya…

Pernah tak kita lihat bayi yang sudah pandai merangkak atau berjalan, duduk berdiam diri sahaja tanpa bergerak ke mana-mana?

TIDAK PERNAH, kan…? :)

Apa yang selalu kita lihat, bayi yang sudah merangkak dan berjalan akan merangkak ke seluruh bahagian rumah. Semua kabinet atau laci almari yang boleh dibuka, akan dibuka. Semua tempat yang boleh dipanjat akan dipanjat. Semua kotak yang bertutup akan cuba dibuka. (Sekarang Ahmad cenggini ah…hari-hari saya kena “tambah masa” utk kemas rumah..huhu) Anak-anak kecil ini sedikit pun tidak ada perasaan takut untuk mencuba, kerana perasaan ingin tahu dan SUKA belajar telah mengatasi segalanya :)

Bukti yang lain pula.

Pernah tak kita lihat bayi yang sedang belajar berjalan, kemudian ter-jatuh, dan kemudian tidak mahu bangun semula ? Sambil menundukkan kepalanya, bayi itu berkata, “Saya gagal lagi. Saya rasa, saya tidak akan berjalan sampai bila-bila..”

TIDAK PERNAH, kan? :)

Apa yang kita biasa lihat, bayi yang sedang belajar berjalan akan berdiri, kemudian jatuh..berdiri kemudian jatuh…berdiri kemudian jatuh…dan akhirnya mereka berjaya berdiri, kemudian berjalan dan tidak lama kemudian, berlari. Tidak pernah ada sedikit pun perasaan putus asa. Malah, semakin banyak “jatuh” yang dilalui, semakin tegap perjalanannya.

MasyaAllah! Hebatnya kuasa Allah swt terhadap makhluk kecil bernama bayi. Mereka adalah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah swt, yang bersifat sentiasa TERUJA untuk mempelajari apa sahaja. Tetapi…ada sesuatu yang telah terjadi di pertengahan jalan pembesarannya…Bukankuch-kuch hota hai ;-) ..Tapi, ada suatu KESILAPAN telah berlaku dalam proses mendidiknya. Sehingga menyebabkan anak tadi yang asalnya suka untuk belajar, tetapi kini, TAK SUKA belajar. Tak minat belajar. Bosan belajar, dan yang seumpama dengannya.

Semua kesilapan ini bukan datang daripada anak-anak kita. Tetapi, ia berpunca daripada KITA. Ya, manusia yang bergelar ibu dan bapa. Adakalanya, tangan kita atau mulut kita telah “membunuh” sifat suka belajar tersebut.

Saya tidak mahu menyenaraikan kesilapan-kesilapan yang telah pun berlaku. Kerana, yang lepas-lepas tu, biarlah ia berlalu…Marilah kita mulakan hidup baru.. :) Manfaatkanlah tips-tips yang telah Allah swt ilhamkan kepada saya ini, untuk muhasabah diri..perbaiki diri…islahkan diri.. Agar kita sama-sama dapat jadi ibubapa yang lebih baik lagi. InsyaAllah..Ameen :)

TIPS MEMUPUK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR


TIP #1: Hapuskan Majlis Kelalaian dalam Rumah Kita

493px-No_Television.svg

Berat mulut saya untuk mengatakan perkara ini, tetapi demi merealisasikan fikir risau Rasulullah saw ke atas ummat ini, maka saya kuatkan tangan untuk menaipnya. Jika kita ingin anak kita suka belajar, rumah kita perlu ada “suasana ILMU”. Tidak boleh ada suasana panggung wayang atau kelab karaoke dalam rumah kita, kerana suasana-suasana seumpama ini akan “membunuh” suasana ilmu yang ingin kita wujudkan tadi.

Katakan begini. Sekiranya rumah kita berbau busuk kerana ada sampah yang sudah lama tidak dibuang, maka kita pun cuba untuk mewangikan rumah kita dengan pelbagai cara. Kita sembur minyak wangi X, kita pasang aromatherapy X, kita pasang penyembur wangian otomatik X dsb. Tapi dalam masa yang sama, kita tak mahu buang sampah yang busuk tadi. Agak-agaknya lah kan, bau busuk tadi boleh hilang tak?

Tentu TIDAK kan? Kita perlu buang sampah yang busuk tu dulu..Kemudian, barulah sembur minyak wangi dsb. InsyaAllah, selepas itu, barulah rumah kita akan berbau harum dan wangi sepanjang hari :)

Macam tu juga dengan majlis kelalaian. Sekiranya majlis panggung wayang ada di rumah kita, tetapi dalam masa yang sama, kita mahukan suasana ilmu terwujud dalam rumah kita, maka, usaha kita akan menjadi sia-sia. Belilah satu lori buku sekalipun, anak kita tetap tak suka membaca. Kerana …Satu kebaikan dan satu kemungkaran tidak akan duduk dalam satu tempat yang sama. Apabila kemungkaran ada di rumah tersebut, maka kebaikan akan lari. Malaikat akan lari. Rahmat Allah swt akan pergi. Keampunan Allah swt juga akan pergi sekali.

Jadi saranan saya, mulai hari ini, buatlah keputusan untuk menutup TV di rumah kita buat selama-lamanya. Dengan TV, kita tidak dapat mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak kita. Kita tidak dapat mengawal masa belajar mereka. Kerana, tarikan TV lebih kuat daripada tarikan buku. Dan natijahnya, kita juga yang susah..Nak suruh anak belajar susah, nak suruh anak solat susah, nak minta tolong anak khidmat pun susah.. Pendek kata, TV menyebabkan anak-anak kita sukar untuk dibentuk mengikut acuan kita. Jadi sekarang, buatlah keputusan..nak didik anak dengan senang, atau jalan yang susah.

Kalau begitu, nak buat apa, kalau anak rasa bosan??

Didik anak-anak kita untuk menggantikan TV dengan membaca Al Quran dan terjemahannya. Gantikan TV dengan zikrullah. Gantikan TV dengan membaca buku-buku. Tunjukkan contoh kepada mereka, inilah caranya untuk kita memanfaatkan masa yang kita ada. Walaubagaimana pun, ibubapa masih lagi boleh menggunakan TV. Tetapi, TOLONG pilihkan dan aturkanlah saluran yang sesuai ditonton oleh anak-anak kita, (seperti memasang DVD pendidikan, bacaan Quran dsb.) InsyaAllah, sedikit demi sedikit Allah swt akan campakkan sifat cinta pada ilmu dan amal kepada anak-anak kita, selagimana kita lakukan ini semua untuk mendapat keredhaan Allah swt.

TIP#2: Menghidupkan Majlis Taa’lim wa Taa’lum di Rumah Kita

Selepas “sampah” dibuang, inilah masanya untuk kita menyembur minyak wangi SUPER POWER dalam rumah kita. ;-) Minyak wangi itu, tak lain tak bukan ialah..Majlis Taalim wa Taalum (Majlis belajar dan mengajar). Majlis ini akan menarik rahmat ke dalam rumah kita. Majlis ini akan menarik ketenangan dan kebahagiaan ke dalam rumahtangga kita. Majlis ini akan menyebabkan rumah kita bercahaya-cahaya di mata penduduk langit. Majlis ini akan melahirkan anak-anak yang taat perintah ibubapa, isteri yang taat kepad suaminya dan keluarga yang taat pada perintah Allah.

Dengan mewajibkan majlis ini sekurang-kurangnya 30 minit dalam rumah kita, setiap hari, maka InsyaAllah, Allah swt akan tanamkan sifat cinta dan sayang kepada ilmu. Allah swt akan anugerahkan sifat suka belajar dan ingin belajar ilmu. Allah swt akan kurniakan sifat menghargai ilmu dan memuliakan orang-orang yang mempunyai ilmu. Kerana, dalam majlis seumpama inilah, Rasulullah saw telah mengajar sahabat-sahabat baginda saw, sehingga menjadikan mereka menjadi seorang yang alim dan berjaya dunia & akhirat.

Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menghidupkan majlis taa’lim di rumah, sedangkan saya bukan ustaz atau ustazah?

Bukan ustaz ustazah sahaja boleh mengendalikan majlis ini, orang awam pun boleh mengendalikan majlis ini. Malah, anak-anak juga boleh ditugaskan untuk mengendalikan majlis ini. Ia mudah dan efektif kerana ia adalah sunnah Rasulullah saw :) Yakinlah bahawa, setiap sunnah akan bawa kejayaan kepada diri kita dan keluarga kita :)

Klik pada link di bawah untuk membaca bagaimana mengadakan majlis taklim di rumah:

10 Langkah-Langkah Untuk Menghidupkan Majlis Taa’lim Di Rumah


TIP#3: Sediakan Satu Ruang Khas Untuk Belajar

books-pileSaya masih ingat, bagaimana anak saya, Nabilah, mula “jatuh cinta” dengan buku-buku. Satu hari, Allah swt telah hantarkan satu rak 3 tingkat yang kecil sahaja ke rumah kami. Dengan rak itu, kami telah penuhkan dengan pelbagai jenis buku. Bermula dari situlah, Nabilah mula “bercinta” dengan buku.

Apabila lahirnya Ahmad, Allah swt besarkan rak tadi menjadi rak 6 tingkat setinggi 2 meter. Maka, setiap hari, Ahmad akan menarik keluar buku-buku supaya kami bacakan kepadanya. Apabila saya habis membaca sebuah buku, dia akan ambil buku yang lain daripada rak tersebut. Begitulah seterusnya… (Anak masih excited nak belajar, ibu nya pula udah ke-capek-an ;-)

Anda akan dapat lihat perbezaan pada anak-anak, apabila ada ruang ini di rumah anda. Ruang khas ini tidak semestinya besar. Kecil pun tak apa. Yang penting, ruang ini ada suasana belajar. Usahakanlah, untuk berada di ruang ini bersama anak-anak setiap hari. Duduk sama-sama sambil membaca buku, membuat kerja sekolah, membuat aktiviti seni, bermain sambil belajar, main cikgu-cikgu dan sebagainya. Pastikan suasana yang dibentuk sentiasaHAPPY dan CERIA. InsyaAllah, anak-anak akan kaitkan “kegembiraan” dengan “belajar”. Anak-anak akan berkata, “Waaa…seronoknya belajar!” :)

Proses belajar tidak semestinya berada di dalam rumah, ia turut boleh dilakukan di luar rumah tanpa sebarang buku sekalipun! Anak-anak boleh belajar tentang haiwan di zoo, anak-anak boleh belajar tentang tumbuh-tumbuhan di taman bunga, dan gunakan kesempatan ini untukmengaitkan semua makhluk yang dilihat oleh anak dengan kebesaran Allah swt. Cakapkan kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya pada anak, insyaAllah, akan lahirlah perasaan cinta dan sayang kepada Allah.

TIP#4: Mulakan Pendidikan Anak Seawal Mungkin

Terapkan ilmu kepada anak kita sejak di dalam kandungan lagi. Bagi ibu yang sedang mengandung, selalulah ceritakan kebesaran Allah swt kepada anak yang berada dalam kandungan. Bacakan Al Quran dan buku untuknya, kerana ia akan membentuk sifat dan rohani yang kuat kepada anak yang dikandung.

Bila sahaja anak telah dilahirkan, teruskan usaha yang sama. Baca Al Quran di sebelahnya. Pastikan dia berada dalam majlis taalim walaupun sedang tidur. Ceritakan kisah-kisah Nabi dan para sahabat sebelum tidur. Bacakan buku untuknya setiap hari. InsyaAllah, dengan usaha ini, sifat suka belajar yang telah ada dalam diri anak-anak akan terus berkembang pesat. Apabila tabiat berdamping dengan ilmu sudah dibiasakan sejak dari kecil lagi, maka InsyaAllah, ia akan sebati dengan jiwanya sampailah anak kita dewasa nanti.

Sekiranya anak anda telah pun membesar, insyaAllah, masih ada peluang lagi untuk anda memupuk minatnya untuk belajar. Tanya padanya apakah kemahiran yang dia suka, atau bidang yang diminatinya, dan letakkan usaha untuk merangsang anak-anak untuk belajar dalam perkara yang diminatinya (walaupun subjek itu tidak terdapat di sekolah). Kerana akan sampai satu ketika, apabila telah dia melihat sokongan dan dorongan ibubapanya untuk dia belajar, maka dia akan meminati apa sahaja cabang ilmu yang bermanfaat untuk dirinya.

Pokoknya, kesemua usaha yang kita lakukan ini hanyalah usaha semata-mata. Tiada yang dapat merealisasikan hasilnya melainkan Allah swt. Berdoalah lagi dan lagi, setiap hari, agar kita dan anak-anak kita akan diberikan oleh Allah swt dengan hakikat ilmu yang sebenar. Aameen :)

p.s: Sekadar berkongsi. Pada minggu lepas, saya terjumpa sebuah laman web yang menawarkan bahan bantu untuk ibubapa mengajar anak-anak membaca seawal usia 3 bulan. Sampai ke saat saya menulis artikel ini, saya telah menggunakan trial version bahan bantu ini, selama 5 hari, kepada anak-anak saya Nabilah (4 tahun 11bulan) dan Ahmad (1 tahun 1 bulan). Kedua-dua anak saya cukup gembira menonton bahan bantu mengajar tersebut.

Nabilah dengan excited nya akan menyebut setiap perkataan walaupun tidak disuruh. Ahmad pula akan merengek setiap kali sesi pembelajaran tamat, kerana dia mahu menontonnya lagi dan lagi. Setiap kali Ahmad melihat perkataan “laugh”, dia sudah tersenyum lebar sambil ketawa. (Seolah-olah dia sudah boleh membaca perkataan tersebut :) Klik di sini untuk mencuba trial version bahan bantu mengajar tersebut.

source: http://anakkusoleh.com/


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...