Thursday, February 24, 2011

Kek Coklat Darwish

Kek ini dinamakan sempena nama Darwish sbb masa dok tgh buat kek ini, asyek tergendala ja..Nasib baik lah project ni tak terbengkalai terus.. Diteruskan jua dgn jayanya.. Actually kek coklat ini dh lama buat, selepas buat kek batik coklat (akak Hasue).. Tp tak sempat nk update sbb kualiti gmbr yg tidak begitu cantik.. :( Kalo guna dslr mmg melutops lh..

Kebetulan skrg neh sedara blogger aku pon dok gila tgk blog masakan..So, mcm2 juga lh dia dh try buat. Baru2 nie, dia ckp dia buat kek alunan kasih, dari akak HaSue jg.. Caya lh akak..Sedara aku suh aku share resipe kek coklat kat cni, senang skit dia nk copy n paste ja nnti.. :P

Resepi ni akak aku yg bg.Masa ni aku baru nk masuk form 1..Sampai skrg, kalo kek coklat, mmg guna resepi ini..

Kek Coklat Darwish

Bahan-Bahan:
  • 250g butter (1 buku butter)
  • 2 cwn gula halus
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cwn tepung kotak
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cwn susu cair
Cara-cara:
*Tepung, serbuk koko dan baking powder diayak terlebih dahulu.

-Pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
-Masukkan telur satu persatu, pukul sehingga kembang.
-Masukkan tepung, serbuk koko & baking powder yg telah diayak sedikit demi sedikit da kacau hingga sebati.
-Setelah sebati, masukkan susu cair dan kacau perlahan-lahan.
-Masukkan separuh adunan ke dalam loyang yg sudah dilapik dgn kertas minyak (senang cikit nk angkat nnti) *kek ini di bakar 2 kali supaya ia tidak begitu tebal, kalau tebal sgt, nnti tak berapa nk msk tgh ny..

*disebabkan nipis, masak kek ini pd suhu 200 darjah selama 20 minit, api ats n bwh.
*kalau nk sekali harung je, masak kek pd suhu 180 darjah selama 45minit-1jam..


*2 layer,tgh ny taruk topping choc.. nyummy2

p/s: insyaallah lps neh nk buat choc cheese plak..

2 comments:

bbreena81 said...

tq dear..hujung minggu nih kalu mood memasak mai boleh la buat...resepi dah copy..:)lepas nih i tunggu cheese cake special u pulak...

syuhaila binti mustafa said...

jgn tak buat ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...