Sunday, June 12, 2011

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu... Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-
1) KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP
Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
2) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.
3) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
4) BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
5) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.
6) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
7) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
8) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.
9) JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
10) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.

Sumber: Kump. Ibu Menyusu :)

Thursday, May 26, 2011

Delivery Boy

Lately, almost every day DQ Kek Lapis mendapat tempahan kek lapis. Alhamdullilah, murah rezeki DQ. So, mmg every day jg lh kena membuat delivery kek lapis. :) Tp DQ mmg suka dok dlm keta, pantang je tgk org siap2 excited je nk suruh org ambil dia.. So far, DQ mmg tak byk ragam lg, everything stil in control :). I loike!!

Penat sampai tertidok. :)

Bermacam2 gaya kat car seat. :P


Pic Passport DQ b4 misi membuat rambut dijalankan

Ini lh hasil setelah misi tersebut berjaya.
Pasport Perjalanan Terhad (Sarawak)

p/s: esok kami semua mahu naik belon pulang ke tanah air.. :P


Monday, May 16, 2011

Sempit

Suka sgt nk explore kat ruang yg sempit.. Kalau tinggal kejap, n then dtg balik, msti kat c2 port dia.. kaki dh masuk bwh sofa.. :)






p/s: dh bw DQ g tgk wayang.. ok je.. Next time leh la bw lg.. Good boy :)

Thursday, May 12, 2011

BIG BOSS DQ

Sudah hmpir sebulan lebih DQ Kek Lapis beroperasi, Alhamdullilah mendapat sambutan yg mengalakkan. Setiap hari, Big Boss DQ sentiasa menemani ibu pergi amek kek n delivery kat poslaju.

Big Boss dok kira order dgn calculator

Berusaha nk masuk bwh meja, tp tak berjaya jg

Abes note ibu Big Boss amek wat main.. :P

p/s: boleh lh terjah blog Big Boss DQ


Sunday, May 8, 2011

CONTEST " I'M PROUD TO BE A MOTHER "


Sempena Hari Ibu, jom join contest yg dianjurkan oleh Puan Ainul.
*Gambar telah dipilih & diedit oleh Abah DQ. :) TQ abah..

Nama Ibu: SYUHAILA BINTI MUSTAFA
Nama anak: DARWISH QUSYAIRI BIN SHAHRUL AZHAR (DQ SA)

Syarat-syarat

1. Jadi follower blog ainul (Done)
2. Letakkan banner ni kt blog korang (Done jg)
3.Letak gambar korang bersama anak anda @ anak sedara ke.. (Done)
4.tag sekurang-kurangnyer 3 org
5.tinggalkan link entry pada comment (Done)

Tarikh tutup 30/5/2011

Hadiah

Kain pasang cotton Viscose & special present from Turki / Russia

Pemenang adalah berdasarkan gambar yang paling menarik, kreatif

*Selamat Hari Ibu for all mommies.. :) I'm proud to be a mother.

Tuesday, May 3, 2011

Sebelum, Selepas & Semasa



Terpaksa mencurahkan stok ebm DQ ke dalam sinki berikutan skrg beliau sudah krg minum susu. :( Every 2-3 weeks, mmg kena wat clearance esbox.. Kalau x, tak leh nk sumbat benda lain dh.. So, sinki lh tempat yg paling sesuai unt disemadikan.. :P

Sebelum dicurahkan ke dalam sinki (dgn nada sedih)

Beliau sedang lena ketika stok EBM ny akan dilupuskan :P

Setelah melalui proses pembersihan :)

DQ sudah berusia 6bln :)

p/s: Bulan May sudah menjelma. Yahooo!!!!

Tuesday, April 26, 2011

Sebuah Kotak Cinta


Foto kredit: www.dadcando.com

“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.

“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa.

Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.

Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.

Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.

Perkahwinan itu indah.

KENANGAN LALU

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.

Sepatutnya.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.

Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.

Ia seperti sebuah kotak yang kosong.

Cinta hanya ada dalam diri manusia.

Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.

Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.

Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Perkahwinan, medan memberi.

Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'





© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...