Sunday, January 30, 2011
Kek batik coklat (HaSue)
* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya
Cara-cara
- Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
- Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milonya hancur
- Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
- Setelah pekat susun biskut meri di atas loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...
- Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...

Friday, January 28, 2011
Berimej Baru
Thursday, January 20, 2011
Perkembangan Bayi 0-2 bulan
Memahami Perkembangan Anak (0 - 2 bulan)
Perkembangan Otak (brain development)
Saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada saiz otak orang dewasa. Otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya mendapat zat yang seimbang dari permakanan, dijaga dengan teliti dari sebarang kecederaan fizikal dan diberi ransangan yang sesuai. Bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. Tidak semua sel-sel ini berkembang. Hanya sel-sel yang mendapat nutrient dan ransangan sahaja yang akan tumbuh berkembang dengan sempurna.
Bagaimana ibubapa dapat membantu
Ibu digalakkan memberi air susu ibu (breast feed). Di dalam air susu ibu terdapat semua nutrient yang diperlukan oleh seorang bayi. Sekiranya seseorang ibu tidak berupaya menyusu sendiri anaknya, maka bolehlah memberi susu formula yang lengkap dengan nutrient termasuk folic acid bagi membolehkan otak berkembang dengan baik pada peringkat awal.
Perkembangan fizikal (physical development)
Kepala bayi mempunyai satu bukaan yang sementara (ubun-ubun) untuk membolehkan otak berkembang. Otot-otot di leher bayi belum cukup kuat untuk menyokong tulang belakang dan saraf tunjang yang dihubungkan ke otak melalui leher. Bila diletakkan dalam keadaan meniarap bayi akan cuba mengangkat kepalanya. Tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badan seperti tangan dan kaki.
Bagaimana ibubapa dapat membantu
Sentiasa berhati-hati dengan kepala bayi yang masih lembut. Memegang dan menyokong kepala bayi ketika mengangkat dan membaringkan bayi. Jangan biarkan kepala terlentuk ke depan atau ke belakang. Elakkan melambung bayi yang masih kecil ke udara. Jangan menggoyangkan bayi dengan kuat. Semua ini akan merosakkan otak bayi. Bantu menguatkan otot-otot leher dengan beberapa permainan. Ketika bayi dalam keadaan menelentang, tunjukkan barang permainan. Ketika matanya sedang focus ke arah barang permainan tersebut, gerakkan barang permaianan "ke atas dan ke bawah" atau "ke kanan dan ke kiri".
Perkembangan Mental (mental development)
Deria penglihatan
Jarak penglihatan di antara 8 - 12 inci
Penglihatan bayi lebih fokus kepada benda yang bergerak
Dapat melihat pelbagai warna dan dapat membezakan warna terang dan gelap
Deria pendengaran
Bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar pelbagai jenis bunyi dan lebih peka kepada bunyi suara manusia. Bayi lebih menggemari suara-suara yang sering didengarinya seperti suara ibudan bapanya. Sebilangan pakar berkata, bayi yang berusia 4 hari boleh membezakan bahasa percakapan dan mereka lebih peka kepada bahasa yang digunakan oleh ibu dan bapa. Pada usia satu bulan bayi mampu menghubungkan antara bunyi dan punca bunyi.
Deria sentuhan
Bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan lebih-lebih lagi sentuhan dari ibu dan ayahnya. Sentuhan dari ibu dan ayah dapat menenangkan bayi yang dalam keadaan yang tidak selesa.
Deria rasa
Semasa dalam kandungan, deria rasa seorang bayi telah mula berkembang. Cecair ketuban (amniotik fluid) yang mengelilingi bayi ketika di dalam perut ibu memberi pengalaman pertama kepada janin untuk mengenali rasa yang berbeza. Ketika dilahirkan bayi lebih cenderung kepada sesuatu yang manis tetapi tidak suka kepada rasa masam.
Deria bau
Deria bau juga berkembang ketika bayi masih berada dalam kandungan ibu. Sebagaimana deria rasa, cecair ketuban juga menyediakan pengalaman pertama untuk deria bau. Selepas beberapa jam dilahirkan, bayi telah mampu bergerak balas terhadap bau. Bayi lebih cenderung kepada bau yang sedap dan nyaman seperti bau pisang dan vanilla tetapi tidak cenderung kepada bau yang busuk seperti bau ikan. Bayi lebih suka bau ibu yang menyusu (breast feed) dan cepat mengenali bau ibu sendiri dari perempuan lain.
Bagaimana ibubapa dapat membantu
Merangsang deria penglihatan
Meluangkan banyak masa bersama bayi dan memandang mata bayi (eye contact). Bayi gemar melihat muka ibu dan bapanya terutama bahagian mata. Gerakkan kepala kita ke atas, ke bawah, ke kanan, ke kiri supaya mata bayi dapat mengikut pergerakan itu. Pegang barang permainan dalam jarak penglihatan bayi. Sebaik- baiknya cari barang permainan yang berwarna kontras (seperti hitam dan putih) dan berwarna terang Banyakkan permainan "tracking" iaitu menggerakkan objek ke kanan dan ke kiri. Bayi akan mengikut pergerakan objek itu dengan matanya. Berhenti sekiranya bayi telah penat (samada ia tidak memberi perhatian atau menangis). Jangan memaksa bayi.
Merangsang deria pendengaran
Banyakkan bercakap dan bernyanyi kepada bayi walaupun dia tidak memahami bahasa percakapan kita. Bayi dapat mendengar pelbagai jenis bunyi yang berlainan dan akan memberi respon terhadap bunyi tersebut. Percakapan, nyanyian dan membaca buku kepada bayi adalah langkah permulaan untuknya memahami bahasa. Pada tahap ini bayi lebih tertarik kepada bunyi, nada dan irama suara ibu dan bapa (the music of language) Berikan kepada bayi permainan yang mengeluarkan bunyi ketika bergerak. Bunyi tersebut akan menarik perhatian bayi kepada permainan itu dan tangannya yang memegang permainan tersebut.
Merangsang deria sentuhan
Peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk merangsang deria sentuhannya. Lakukan urutan ketika mandi, menyalin lampin dan ketika menyusu. Jangan tinggalkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat ransangan sentuhan.
Merangsang deria rasa
Bayi mampu membezakan beberapa rasa . Masukkan sedikit cecair yang manis, masam, pahit dan masin ke dalam mulut bayi. Kita akan dapat melihat perubahan pada airmukanya ketika kita memasukkan cecair yang masam. Bayi hanya akan dapat merasa masin hanya ketika mencapai umur 4 bulan di mana waktu itu kita telah mula memberi makanan tambahan kepada bayi.
Merangsang deria bau
Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bayi lebih suka kepada alat permainan yang berbau vanila daripada permainan yang berbau erhanol atau yang tidak berbau. Berilah permainan yang mengandungi pelbagai bau kepada bayi.
Perkembangan Sosial dan Emosi (social & Emotional Development)
Bayi banyak meluangkan masa untuk mengenali bahagian tubuh badannya sendiri seperti leka memerhati tangan. Bayi mula menyedari bahawa dia adalah seorang individu yang lain dalam persekitarannya. Selain dari itu, bayi mula belajar mengenali orang- orang yang rapat dan sentiasa berada di sampingnya seperti ibu dan ayah. Bayi menjadi terangsang apabila disentuh dan diagah oleh ibu dan ayah. Pada tahap ini "tangisan" merupakan cara bayi berkomunikasi dengan ibu dan ayah untuk memberitahu bahawa dia lapar, tidak selesa, mengantuk dan lain-lain.
Bagaimana ibubapa dapat membantu
Ibu hendaklah segera memberi respon apabila bayi menangis. Penuhi keperluannya samada perlu di beri susu, perlu disalin lampin, perlu ditidurkan dan sebagainya dengan seberapa segera kerana ini akan mendidik bayi bahawa dia juga merupakan seorang yang penting dalam kehidupan keluarganya.
Lakukan banyak aktiviti bersama bayi tapi bayi juga perlukan rehat. Ibu perlu peka apabila melihat bayi telah mula menunjukkan tanda- tanda keletihan. Terlampau banyak ransangan tidak membantu perkembangan otak bayi.
Aktiviti yang sesuai
Untuk bayi yang berusia 1 bulan
Bermain sambil belajar:
Melihat objek
Mengikut pergerakan objek dengan mata
Mendengar bunyi
Menggenggam objek dan melepaskannya
Belajar dengan kasihsayang:
Menggenggam jari ibu
Mendengar suara ibu yang lembut membelai
Merasakan selesa berada dalam pelukan dan sentuhan ibu
Melihat ibu tersenyum
Untuk bayi yang berusia 2 bulan
Menggabungkan keperluan asas bayi seperti kasih sayang dan sentuhan dengan aktiviti yang mendidik:
• bahawa ada seseorang yang sedang menjaga dan bersedia untuk memenuhi keperluannya
• bahawa ibubapa sangat menyayanginya
• bahawa persekitaran baru (di luar rahim ibu) amat menyeronokkan
• bahawa dia dalam keadaan yang selamat (secure)
Aktiviti di bawah boleh dilakukan ketika mandi, menyalin lampin dan ketika menyusu:
• Bercakap dengan bayi dan bercerita tentang apa yang kita sedang lakukan ketika itu (ketika memandikannya)
• Mengurut bayi (ketika menyapu pelembab di tubuh badannya)
• Memeluk bayi (ketika menyusu)
• Bercakap dan tersenyum kepada bayi ketika menyalin lampin
Monday, January 17, 2011
Tok mai kuching
Friday, January 14, 2011
4 Tips Memupuk Minat Anak untuk Belajar
Tips neh sesuai unt semua ibu2,bakal ibu serta yang seangkatan dgnnya.. selamat beramal~~

Sesetengah anak “allergic” bila terdengar dari mulut ibubapanya satu perkataan ajaib…(baca perkataan2 ini dengan suara yang menyeramkan)..”BELAJAR“… “BELAJAR“..”BELAJAR” ![]()
Kenapa boleh jadi macam tu ye? Sedangkan pada hakikatnya, kita tak perlu pun susah-susah nak pupuk minat belajar ke dalam diri anak-anak kita. Kerana, Allah swt dengan sifat rahimNya, telah pun menghadiahkan sifat SUKA belajar kepada setiap anak-anak yang lahir ke muka bumi ini. ~termasuklah anak-anak kita ![]()
Tak caya? Ini buktinya…
Pernah tak kita lihat bayi yang sudah pandai merangkak atau berjalan, duduk berdiam diri sahaja tanpa bergerak ke mana-mana?
TIDAK PERNAH, kan…?
Apa yang selalu kita lihat, bayi yang sudah merangkak dan berjalan akan merangkak ke seluruh bahagian rumah. Semua kabinet atau laci almari yang boleh dibuka, akan dibuka. Semua tempat yang boleh dipanjat akan dipanjat. Semua kotak yang bertutup akan cuba dibuka. (Sekarang Ahmad cenggini ah…hari-hari saya kena “tambah masa” utk kemas rumah..huhu) Anak-anak kecil ini sedikit pun tidak ada perasaan takut untuk mencuba, kerana perasaan ingin tahu dan SUKA belajar telah mengatasi segalanya
Bukti yang lain pula.
Pernah tak kita lihat bayi yang sedang belajar berjalan, kemudian ter-jatuh, dan kemudian tidak mahu bangun semula ? Sambil menundukkan kepalanya, bayi itu berkata, “Saya gagal lagi. Saya rasa, saya tidak akan berjalan sampai bila-bila..”
TIDAK PERNAH, kan?
Apa yang kita biasa lihat, bayi yang sedang belajar berjalan akan berdiri, kemudian jatuh..berdiri kemudian jatuh…berdiri kemudian jatuh…dan akhirnya mereka berjaya berdiri, kemudian berjalan dan tidak lama kemudian, berlari. Tidak pernah ada sedikit pun perasaan putus asa. Malah, semakin banyak “jatuh” yang dilalui, semakin tegap perjalanannya.
MasyaAllah! Hebatnya kuasa Allah swt terhadap makhluk kecil bernama bayi. Mereka adalah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah swt, yang bersifat sentiasa TERUJA untuk mempelajari apa sahaja. Tetapi…ada sesuatu yang telah terjadi di pertengahan jalan pembesarannya…Bukankuch-kuch hota hai
..Tapi, ada suatu KESILAPAN telah berlaku dalam proses mendidiknya. Sehingga menyebabkan anak tadi yang asalnya suka untuk belajar, tetapi kini, TAK SUKA belajar. Tak minat belajar. Bosan belajar, dan yang seumpama dengannya.
Semua kesilapan ini bukan datang daripada anak-anak kita. Tetapi, ia berpunca daripada KITA. Ya, manusia yang bergelar ibu dan bapa. Adakalanya, tangan kita atau mulut kita telah “membunuh” sifat suka belajar tersebut.
Saya tidak mahu menyenaraikan kesilapan-kesilapan yang telah pun berlaku. Kerana, yang lepas-lepas tu, biarlah ia berlalu…Marilah kita mulakan hidup baru..
Manfaatkanlah tips-tips yang telah Allah swt ilhamkan kepada saya ini, untuk muhasabah diri..perbaiki diri…islahkan diri.. Agar kita sama-sama dapat jadi ibubapa yang lebih baik lagi. InsyaAllah..Ameen ![]()
TIPS MEMUPUK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR
TIP #1: Hapuskan Majlis Kelalaian dalam Rumah Kita

Berat mulut saya untuk mengatakan perkara ini, tetapi demi merealisasikan fikir risau Rasulullah saw ke atas ummat ini, maka saya kuatkan tangan untuk menaipnya. Jika kita ingin anak kita suka belajar, rumah kita perlu ada “suasana ILMU”. Tidak boleh ada suasana panggung wayang atau kelab karaoke dalam rumah kita, kerana suasana-suasana seumpama ini akan “membunuh” suasana ilmu yang ingin kita wujudkan tadi.
Katakan begini. Sekiranya rumah kita berbau busuk kerana ada sampah yang sudah lama tidak dibuang, maka kita pun cuba untuk mewangikan rumah kita dengan pelbagai cara. Kita sembur minyak wangi X, kita pasang aromatherapy X, kita pasang penyembur wangian otomatik X dsb. Tapi dalam masa yang sama, kita tak mahu buang sampah yang busuk tadi. Agak-agaknya lah kan, bau busuk tadi boleh hilang tak?
Tentu TIDAK kan? Kita perlu buang sampah yang busuk tu dulu..Kemudian, barulah sembur minyak wangi dsb. InsyaAllah, selepas itu, barulah rumah kita akan berbau harum dan wangi sepanjang hari ![]()
Macam tu juga dengan majlis kelalaian. Sekiranya majlis panggung wayang ada di rumah kita, tetapi dalam masa yang sama, kita mahukan suasana ilmu terwujud dalam rumah kita, maka, usaha kita akan menjadi sia-sia. Belilah satu lori buku sekalipun, anak kita tetap tak suka membaca. Kerana …Satu kebaikan dan satu kemungkaran tidak akan duduk dalam satu tempat yang sama. Apabila kemungkaran ada di rumah tersebut, maka kebaikan akan lari. Malaikat akan lari. Rahmat Allah swt akan pergi. Keampunan Allah swt juga akan pergi sekali.
Jadi saranan saya, mulai hari ini, buatlah keputusan untuk menutup TV di rumah kita buat selama-lamanya. Dengan TV, kita tidak dapat mengawal apa yang ditonton oleh anak-anak kita. Kita tidak dapat mengawal masa belajar mereka. Kerana, tarikan TV lebih kuat daripada tarikan buku. Dan natijahnya, kita juga yang susah..Nak suruh anak belajar susah, nak suruh anak solat susah, nak minta tolong anak khidmat pun susah.. Pendek kata, TV menyebabkan anak-anak kita sukar untuk dibentuk mengikut acuan kita. Jadi sekarang, buatlah keputusan..nak didik anak dengan senang, atau jalan yang susah.
Kalau begitu, nak buat apa, kalau anak rasa bosan??
Didik anak-anak kita untuk menggantikan TV dengan membaca Al Quran dan terjemahannya. Gantikan TV dengan zikrullah. Gantikan TV dengan membaca buku-buku. Tunjukkan contoh kepada mereka, inilah caranya untuk kita memanfaatkan masa yang kita ada. Walaubagaimana pun, ibubapa masih lagi boleh menggunakan TV. Tetapi, TOLONG pilihkan dan aturkanlah saluran yang sesuai ditonton oleh anak-anak kita, (seperti memasang DVD pendidikan, bacaan Quran dsb.) InsyaAllah, sedikit demi sedikit Allah swt akan campakkan sifat cinta pada ilmu dan amal kepada anak-anak kita, selagimana kita lakukan ini semua untuk mendapat keredhaan Allah swt.
TIP#2: Menghidupkan Majlis Taa’lim wa Taa’lum di Rumah Kita
Selepas “sampah” dibuang, inilah masanya untuk kita menyembur minyak wangi SUPER POWER dalam rumah kita.
Minyak wangi itu, tak lain tak bukan ialah..Majlis Taalim wa Taalum (Majlis belajar dan mengajar). Majlis ini akan menarik rahmat ke dalam rumah kita. Majlis ini akan menarik ketenangan dan kebahagiaan ke dalam rumahtangga kita. Majlis ini akan menyebabkan rumah kita bercahaya-cahaya di mata penduduk langit. Majlis ini akan melahirkan anak-anak yang taat perintah ibubapa, isteri yang taat kepad suaminya dan keluarga yang taat pada perintah Allah.
Dengan mewajibkan majlis ini sekurang-kurangnya 30 minit dalam rumah kita, setiap hari, maka InsyaAllah, Allah swt akan tanamkan sifat cinta dan sayang kepada ilmu. Allah swt akan anugerahkan sifat suka belajar dan ingin belajar ilmu. Allah swt akan kurniakan sifat menghargai ilmu dan memuliakan orang-orang yang mempunyai ilmu. Kerana, dalam majlis seumpama inilah, Rasulullah saw telah mengajar sahabat-sahabat baginda saw, sehingga menjadikan mereka menjadi seorang yang alim dan berjaya dunia & akhirat.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menghidupkan majlis taa’lim di rumah, sedangkan saya bukan ustaz atau ustazah?
Bukan ustaz ustazah sahaja boleh mengendalikan majlis ini, orang awam pun boleh mengendalikan majlis ini. Malah, anak-anak juga boleh ditugaskan untuk mengendalikan majlis ini. Ia mudah dan efektif kerana ia adalah sunnah Rasulullah saw
Yakinlah bahawa, setiap sunnah akan bawa kejayaan kepada diri kita dan keluarga kita ![]()
Klik pada link di bawah untuk membaca bagaimana mengadakan majlis taklim di rumah:
10 Langkah-Langkah Untuk Menghidupkan Majlis Taa’lim Di Rumah
TIP#3: Sediakan Satu Ruang Khas Untuk Belajar
Saya masih ingat, bagaimana anak saya, Nabilah, mula “jatuh cinta” dengan buku-buku. Satu hari, Allah swt telah hantarkan satu rak 3 tingkat yang kecil sahaja ke rumah kami. Dengan rak itu, kami telah penuhkan dengan pelbagai jenis buku. Bermula dari situlah, Nabilah mula “bercinta” dengan buku.
Apabila lahirnya Ahmad, Allah swt besarkan rak tadi menjadi rak 6 tingkat setinggi 2 meter. Maka, setiap hari, Ahmad akan menarik keluar buku-buku supaya kami bacakan kepadanya. Apabila saya habis membaca sebuah buku, dia akan ambil buku yang lain daripada rak tersebut. Begitulah seterusnya… (Anak masih excited nak belajar, ibu nya pula udah ke-capek-an ![]()
Anda akan dapat lihat perbezaan pada anak-anak, apabila ada ruang ini di rumah anda. Ruang khas ini tidak semestinya besar. Kecil pun tak apa. Yang penting, ruang ini ada suasana belajar. Usahakanlah, untuk berada di ruang ini bersama anak-anak setiap hari. Duduk sama-sama sambil membaca buku, membuat kerja sekolah, membuat aktiviti seni, bermain sambil belajar, main cikgu-cikgu dan sebagainya. Pastikan suasana yang dibentuk sentiasaHAPPY dan CERIA. InsyaAllah, anak-anak akan kaitkan “kegembiraan” dengan “belajar”. Anak-anak akan berkata, “Waaa…seronoknya belajar!” ![]()
Proses belajar tidak semestinya berada di dalam rumah, ia turut boleh dilakukan di luar rumah tanpa sebarang buku sekalipun! Anak-anak boleh belajar tentang haiwan di zoo, anak-anak boleh belajar tentang tumbuh-tumbuhan di taman bunga, dan gunakan kesempatan ini untukmengaitkan semua makhluk yang dilihat oleh anak dengan kebesaran Allah swt. Cakapkan kebesaran Allah swt sebanyak-banyaknya pada anak, insyaAllah, akan lahirlah perasaan cinta dan sayang kepada Allah.
TIP#4: Mulakan Pendidikan Anak Seawal Mungkin
Terapkan ilmu kepada anak kita sejak di dalam kandungan lagi. Bagi ibu yang sedang mengandung, selalulah ceritakan kebesaran Allah swt kepada anak yang berada dalam kandungan. Bacakan Al Quran dan buku untuknya, kerana ia akan membentuk sifat dan rohani yang kuat kepada anak yang dikandung.
Bila sahaja anak telah dilahirkan, teruskan usaha yang sama. Baca Al Quran di sebelahnya. Pastikan dia berada dalam majlis taalim walaupun sedang tidur. Ceritakan kisah-kisah Nabi dan para sahabat sebelum tidur. Bacakan buku untuknya setiap hari. InsyaAllah, dengan usaha ini, sifat suka belajar yang telah ada dalam diri anak-anak akan terus berkembang pesat. Apabila tabiat berdamping dengan ilmu sudah dibiasakan sejak dari kecil lagi, maka InsyaAllah, ia akan sebati dengan jiwanya sampailah anak kita dewasa nanti.
Sekiranya anak anda telah pun membesar, insyaAllah, masih ada peluang lagi untuk anda memupuk minatnya untuk belajar. Tanya padanya apakah kemahiran yang dia suka, atau bidang yang diminatinya, dan letakkan usaha untuk merangsang anak-anak untuk belajar dalam perkara yang diminatinya (walaupun subjek itu tidak terdapat di sekolah). Kerana akan sampai satu ketika, apabila telah dia melihat sokongan dan dorongan ibubapanya untuk dia belajar, maka dia akan meminati apa sahaja cabang ilmu yang bermanfaat untuk dirinya.
Pokoknya, kesemua usaha yang kita lakukan ini hanyalah usaha semata-mata. Tiada yang dapat merealisasikan hasilnya melainkan Allah swt. Berdoalah lagi dan lagi, setiap hari, agar kita dan anak-anak kita akan diberikan oleh Allah swt dengan hakikat ilmu yang sebenar. Aameen ![]()
p.s: Sekadar berkongsi. Pada minggu lepas, saya terjumpa sebuah laman web yang menawarkan bahan bantu untuk ibubapa mengajar anak-anak membaca seawal usia 3 bulan. Sampai ke saat saya menulis artikel ini, saya telah menggunakan trial version bahan bantu ini, selama 5 hari, kepada anak-anak saya Nabilah (4 tahun 11bulan) dan Ahmad (1 tahun 1 bulan). Kedua-dua anak saya cukup gembira menonton bahan bantu mengajar tersebut.
Nabilah dengan excited nya akan menyebut setiap perkataan walaupun tidak disuruh. Ahmad pula akan merengek setiap kali sesi pembelajaran tamat, kerana dia mahu menontonnya lagi dan lagi. Setiap kali Ahmad melihat perkataan “laugh”, dia sudah tersenyum lebar sambil ketawa. (Seolah-olah dia sudah boleh membaca perkataan tersebut
Klik di sini untuk mencuba trial version bahan bantu mengajar tersebut.
source: http://anakkusoleh.com/