Monday, July 8, 2013

Nutriwhite atau Enfuselle?

Ramai yg mula minat nak cuba skin care Shaklee..tp yg mane satu?Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda..
Ketahui kedua-duanya dan kesesuaiannya dengan kulit anda:
1) SKIN CARE NUTRIWHITE
 Lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk.
Antara produk-produk Nutriwhite :
- Gentle Deep Foaming Cleanser :
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
- Soothing Radiance Whitening Softner :
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan
- Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
- Daily Defence Whitening Essence :
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit
- Overnight Renewal Whitening Cream :
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
- Gentle Action Makeup Remover :
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
- Spot Whitening Treatment :
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


2) SKIN CARE ENFUSELLE
Sesuai pd yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori product Enfuselles :
(i) Normal to Dry Skin :  sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :
1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2) Hydrating Toner :
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
(ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :
1) Purifying Cleansing Gel :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2) Purifying Toner :
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
sumber : Shaklee Malaysia
p/s: sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee dikawasan anda & menjana pendapatan tambahan setiap bulan, hubungi saya di 0193823653 untuk maklumat lanjut.

SYUHAILA BINTI MUSTAFA (SID: 905862)
0193823653; syuhailamus@gmail.com
Facebook: syuhaila mustafa
Page: Shaklee DQ

Tuesday, July 2, 2013

Hidup lebih diberkati






Semoga hidup kita lebih diberkati.

p/s: Boleh hubungi sy untuk mendapatkan khidmat nasihat @ membeli produk shaklee.

Syuhaila
+6019.382.3653



Tuesday, June 25, 2013

[Tips] Untuk tingkatkan produktiviti susu ibu : Power Pumping

Apa itu Power Pumping [PP] ?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mumies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Bila nak buat PP?
Bila bila masa dimana sahaja. memang pada dasarnya bagu sbuat tengah malam hingga ke pagi sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi apa2 jika buat pada waktu lain.Saya buat PP pada waktu lunch di pejabat sambil2 nak solat, nak makan tengahari. Juga dalam perjalanan ke project sites. kan ne tujuan PP ni untuk create more demand.

Jadikan PP amalan
Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan.Saya jadikan amalan 3 kali seminggu WAJIB! dan juga bila2 masa saya ada waktu senggang sementara tunggu flight/perjalanan ke project sites dan sebagainya.

Susu saya banyak.. perlu ke PP?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapai sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. PP ni buatlah amalan.
mana bagus? .. Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..
Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. harus dingat suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza.Jadi adalah lebih bagus PP dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam. Rosak tisu breast kang.

p/s: alhamdulillah dgn kaedah ini, susu sy yg drop last week sudah back to normal. :)

Tuesday, June 4, 2013

Promo June: Meal Shakes

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Promo bulan ini sangatlah best bagi kaum ibu, anak2 & tak lupa jg bapa2. All in 1 :)
Tak sempat nk promo lg, dh byk order masuk. Memang berbaloi2 beli mealshake ini.



Meal Shakes merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia meyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yag diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Selain itu, Meal Shakes juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein.

Meal Shakes sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak yang:
- sering jatuh sakit (selesema, demam & batuk)
- kerap sembelit
- enzema & kulit sensitif
- masalah asthma
- kurang selera makan
- obesiti (masalah berat badan berlebihan)

Kenapa kanak-kanak obesiti memerlukan MealShakes juga? Hal ini kerana, Meal Shakes dapat membantu mendapatkan berat ideal, tidak terlalu kurus & tidak terlalu gemuk. 

Sesuai diambil oleh semua golongan, tak kira kanak-kanak, nenek, atuk, ibu  & bapa.  Di samping dapat meningkatkan tenaga, ia juga memperlengkapkan keperluan nutrisi.

Rasa Meal Shake macam mana ye? Sanggatttt sedappppp.. Anak2 pasti suka..  Asyik nk minum susu sbb rasa sedap macam asikrimmm vanila.. Tak percaya? Anda patut cuba ya :)

*Untuk kesihatan optimum, dicadangkan pengambilan Meal Shakes bersama dengan Omega & Chewable Vit C. Kesemua ini adalah gabungan yang bagus untuk perkembangan IQ dan sistem saraf kanak-kanak.

SYUHAILA BINTI MUSTAFA (SID: 905862)
0193823653; syuhailamus@gmail.com
Facebook: syuhaila mustafa


Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, May 21, 2013

Adakah Kita Perlukan Suplemen?


Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. 
Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
pix

Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Pemnium alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 

Boleh hubungi Syuhaila untuk keterangan lanjut :
SYUHAILA BINTI MUSTAFA
(SID: 905862)
syuhailamus@gmail.com

0193823653

Thursday, May 16, 2013

Jana pendapatan di rumah sahaja

Anda juga berminat untuk menambah pendapatan bersama Shaklee? Serta ingin mendapat bonus sehingga 3, 4, 5 dan 6 angka? Jom teruskan pembacaan anda. 

Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis.

Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!
Saya seorang pemalu dan saya tidak ada pengalaman berniaga pun. Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja iaitu menaip di laptop atau pun di smartphone! Saya percaya anda juga mampu melakukannya. 

Memberikan saya masa kerja yang fleksibel
Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk update blog dan facebook, 1 jam untuk membalas emel, 30 minit untuk merangka pelan bisnes anda, 1 jam berurusan dengan pos laju dan 30 minit cod vitamin. Lagi 20 jam adalah kepunyaan suami dan anak-anak kita! Best tak?

Tidak perlu menyimpan stok
Kenapa? Tak percaya ke? Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Apabila mendapat pesanan dari pelanggan saya cuma perlu emel kepada Shaklee dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan saya. Mudahkan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di oversea pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini! Boleh juga simpan stok sedikit untuk cod atau pun nak pos sendiri.

Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
Shaklee memang MLM. Group Jutawan telah mencetuskan revolusi MLM. Cara konvesional MLM yang lapuk sudah dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa banyak kaki dia banyak duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa paling rajin dia banyak duit'.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat. 

Jaringan Jutawan memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya
Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang suri rumah. 

Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 

Caranya senang sahaja. 

  • Hubungi saya untuk menyertai keluarga Shaklee Jutawan di bawah naungan group saya
  • Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
  • Bayaran yuran keahlian sebanyak RM65 (Sila tambah RM10 ke Semenanjung @ RM20 ke Sabah dan Sarawak untuk kos pengeposan member kit). Percuma kos pengeposan jika anda daftar terus di mana-mana cawangan Shaklee dengan menggunakan id saya iaitu 905862
  • Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM660 ke atas @ 200 point dan anda mendapat keahlian secara percuma Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisness Shaklee ni. Sengaja saya simpan sedikit cerita best ini walaupun saya mampu untuk menceritakan kesemuanya. Nak tahu lagi kenalah join bisness ini. Lakukan anjakan paradigma terhadap diri anda. Titik tolaknya bermula selepas anda membaca entri ini. Jom menjana pendapatan dengan Shaklee.

Apa tunggu lagi? Jom la hubungi saya sekarang sekiranya anda sudah betul-betul bersedia untuk bersama-sama keluarga besar kami!! 


p/s: sekiranya anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee dikawasan anda & menjana pendapatan tambahan setiap bulan, hubungi saya di 0193823653 untuk maklumat lanjut.

SYUHAILA BINTI MUSTAFA (SID: 905862)
0193823653; syuhailamus@gmail.com
Facebook: syuhaila mustafa
Page: Shaklee DQ

Tuesday, May 14, 2013

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?


Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Releas e Vita-C mengandungi:

Kandungan Vitamin C yang tinggi.

Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

KENAPA VITAMIN C PERLU DIPATAH DUA JIKA DEMAM DAN SELSEMA?

Perasankah anda di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained released? bagi mereka yang membeli fullpack bleh g tgk botol vitamin c anda sekarang.. Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Namun apabila kita demam atau selsema, saya akan advise amik sebanyak dua biji vitamin C Selain itu, saya akan advise agar vitamin C itu dipatah dua sebelum ditelan..
 
Kenapa patah dua?
Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemua vitamin C 500mg.. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

Walaupun Vit C 500mg masih belum sampai di Malaysia buat masa ini. Anda boleh mengambil Vit C Chewable 100mg bg mengantikan Vit C 500mg. Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, boeh hubungi saya 0193823653 Syuhaila.


SYUHAILA BINTI MUSTAFA (SID: 905862)
0193823653; syuhailamus@gmail.com
Facebook: syuhaila mustafa
Page: Shaklee DQ

Disclaimer: Testimonial Produk adalah tidak tipikal, keputusan setiap individu adalah berbeza-beza. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...