Wednesday, December 15, 2010

good bye 44.. im free!!

fuhhhh~~~penantian selama ini bakal berakhir..alhamdullilah..esok sudah 45 hari.. kdg2 best jg bila berpantang neh, cuma kdg2 ja tak berapa nak best..part yg paling best, bila dilayan cam tuan puteri..hehe
tapi byk lg makanan yg stil tak brapa nk boleh makan lg..so, tak kesah lh, janji dh lps 44 hari.. org tua slalu kata, masa hari ke 44, cangkul dh dok bawah tangga..jgn lh dok wat pelik2 masa hari last tu..hehe..

p/s: tak sabar nak balik taman yen yen~~ memulakan tanggungjwb baru sbg isteri n ibu~~


Monday, November 29, 2010

teknik menyusukan baby

* Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut
adalah cara yang betul:
  • Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
  • Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
  • Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
  • Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.
  1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.
  2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.
  3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.

Posisi dakapan Posisi ‘football hold’ Posisi berbaring


*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.




*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
  • Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
  • Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
  • Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
  • Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
  • Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
  • Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka
Sumber : www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf , http://mforum.cari.com.my susuibu.com http://www.mybengkung.com/Teknikmenyusu.html


28 hari sudah!!!!

pejam celik, pejam celik, dh 28 hari aka 4 minggu berpantang..berbaki 16 hari lg..+/- 2weeks lh..hehe..darwish pon dh 28 hari lh kat dunia neh...kejap je rasa..

byk nk story mory kat cni, tp tak tau nk start dr mana..pengalaman bersalin pon tak sempat nk update lg, asyek dok jd silent reader je..

so far aku bf kn darwish..susu aku sgt byk..kalo pg2 masa subuh pam, leh dapat smpai 7 oz~~ sgt terkejut!!!

nnti bil idea dtg bergolek, aku update lg!!!!

lupa plak, nk ucap tahniah dekat nabila kerana telah selamat melahirkan baby girl pada 7/11.. dia neh due sama dgn aku, tp darwish dh tak sbr plak nk kuar..hehe

p/s: mmg mencabar bila dh menjadi seorg ibu..


Wednesday, November 10, 2010

darwish qusyairi


sudah 9 hari berpantang~~sgt lh tidak best!!!alhamdullilah darwish sihat n berat dia dh naik..baru 9 hari dh 3.9kg!!! anak omak toi~~asyek nyot2 aja..

ini lh darwish qusyairi~~

Thursday, November 4, 2010

02112010

alhamdullilah. telah selamat melahirkan baby boy seberat 3.82kg pada 6.11 pg...

p/s: pic akan diupload later~~lmbt toi nk tunggu abah ny transfer gmbr!!!


Saturday, October 30, 2010

HADIS DAIF :- 'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'


RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."



Wednesday, October 27, 2010

27/10/2010

alhamdullilah..hari nie bertambah lh lg ahli keluarga aku..akak ipar & sepupu aku dh selamat bersalin di hospital putrajaya..dua-dua dpt baby boy...

p/s: tahniah ye kak ju n kak na~~~

panduan memberi nama anak

by Abu Umair

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:
- Tasmiyah al-Maulud.

Tuesday, October 26, 2010

~~~~ nothing~~~~

sudah lama tidak mengupdate blog... aiyooooo!!!! sangat lh malas...

p/s: counting days~~~

Tuesday, September 28, 2010

checkup 33 weeks & 6 days @ pk putrajaya~~

mengupdate blog kat uniten neh~~hehe..sementara menunggu akak aku abes clas, aku guna lh pc dia jap..kat uniten, smua dia block..facebook, ym n bla bla~~~ptt lh akak aku skrg telah menjadi pekerja yg berdedikasi..hehe
td ada appoiment checkup pewut..alhamdullilah kejap je kali neh..sbb tak yah amek hb n tak yh jumpa dr..tak smpai sejam smua dh setle..tak rmai plak org kat pusat kesihatan td..
masa nk timbang berat, risau gk aku..dok umah akak aku, asyek mengunyah je..dh lh hari tu, abg ipar aku g langkawi, dia borong choc hershey's byk gk lh..dgn dok melayan kerenah ank2 buah aku lg nk mkn mcm2..skali dgn mak teh ny lh mkn skali..terkejut gk td just naik 0.8kg ja in 2 weeks~~hehe..

credit to en Google

weekend neh akak aku nk wat open house..so, mcm biasa lh, dia menjemput chef dr pendang aka mak kiteorg unt memasak..hehe..standard lh tu..tak sbr ny nk tunggu mak aku mai cni~~

p/s: next week laki aku balik semenanjung..lps tu kiteorg balik kedah~~yahuuu!!!

Monday, September 27, 2010

tahniah kepada pn nawal n pn nad


selamat pengantin br nawal...sgt cantek k~~~tgk video nawal nikah, tersentuh plak.tetibe emo plak di pagi hari..semoga kekal ke akhir hayat~~selamat menempuh dunia br nawal..

credit to fb nawal


tak lupa jg tahniah kpd puan nad kerana telah menjadi ummi semalam~~nad dpt baby boy..*dpt tau dr fb nad~~hehe..
p/s: esok nk kena g check pewut lg~~wow, sungguh cepat masa berlalu~~

Monday, September 20, 2010

suasana raya di pendang~~

layan pic dulu ek..nnti bila mood ok, br aku update..susah plak guna laptop org lain..huhuhu



en suami+abah+mak+aku



testing*

my family

p/s: aku skrg kat bangi, laki aku plak kat kuching..huhuhu

Saturday, September 11, 2010

selamat hari raya~~~

Cepat btoi masa berlalu..dh nk msuk raya ke-3 esok..huhuhu..isnin neh dh nk balik putrajaya..tak puas lg dok kedah..huhu..walau pon penat melayan karenah ank2 buah, tp best lh raya kali neh..

di kesempatan, aku nk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir n batin...
best kan beraya as mummy 2 be~~

td masa g beraya, ada org tu ckp, neh mesti beby boy*.. hehe..sbb perut aku tajam..ntah lh..tak sbr nk tunggu beby neh kuar..

Friday, September 3, 2010

happy mode~~~

sudah selamat smpai semenanjung semalam..yahuuu!!!!!skrg kat umah akak aku kat bangi..dtg jumpa ank2 buah kesygn ku (sgt rindu kat diorg)..jap lg nk g bazar..best ny..
tak tahu nk tulis apa, sbb sgt excited..hehe..
pelik aku, rmai yg tegur perut aku kocik..tak mcm 30 minggu..huhu
p/s:slmt berbuka..1st time berbuka sbg menantu di rumah mertua..

Thursday, September 2, 2010

Petua Tambah susu badan


n3 ni psl nk menambahkan susu badan..bgus gk info neh...meh lh sama2 kita share unt kegunaan bersama kelak..


1. Kerap Menyusu
Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil.
Jadi galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan Tradisi
Orang-orang lama suka mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada mayarakat melayu sahaja. Malah kaum cina dan india turut menggunakan kaedah yang sama.
Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobah putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makan Herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian dapat menambahkan pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan.
Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum Air Ikut Keperluan
Selain dari pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan anda perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

5. Posisi Yang Betul
Selain daripada keselesaan, amat penting untuk anda mendapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, anda perlu mendapatkan tunjuk ajar dari jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

6. Ubat-ubatan
Anda boleh memperolehi ubat ini di farmasi berdekatan. Walaubagaimanapun ubat-ubat ini tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti Domperidone atau maxalone boleh memberikan kesan sampingan pada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan untuk ibu yang merangsang pengeluaran susu supaya dapat menyusukan anak angkatnya.

kedah VS n.9

mode balik kampung + raya makin membuak-buak neh..hehe.mana tak ny, mlm neh mahu pulang ke semenanjung..alhamdullilah, brg smua dh pack, beg pon dh letak kat dpn pintu..hehe..lps ja berbuka, trus gerak g airport..yg lg best, lps raya neh, trus stay kat pendang smpai bersalin..hehe..thanks caiyok..ingt kn nk balik kuching balik, tp flight yg bln 10 ny, dh 36 weeks time tu.kang tak psl2 kena bersalin kat cni..

credit to en Google

balik neh mmg penuh schedule kiteorg laki bini..laki aku neh sistematik skit, dia suka plan awal2..senang katany~~aku ikut je lh....aku stay umah mak mertua aku smai 8hb..masa neh lh aku amek kesempatan nk shoping2 dgn laki aku..huhu..nk g cari bj raya n brg2 baby..sgt excited nk bli brg2 baby..b4 neh asyek g survey ja kat kuching, tp tak bli apa2 pon..
credit to en Google
apa2 pon, yg penting raya neh, turn kampung aku..heheh..seb baik tiket dh bli awal2, b4 kawen lg..kalo tak bli tiket lg, msti berlaku gk perang nk raya mana..hehee...tak sbr nk beraya sbg laki bini..n yg plg best as mummy to be..korg yg nk balik kg gk, tak kesah lh bila, berhati-hati di jalan raya ek..smoga slmt smpai ke destinasi yg di tuju..amin...


credit to en Google

selamat hari raya maaf zahir n batin...

Wednesday, September 1, 2010

TIPS MENGURANGKAN RASA TIDAK SELESA SEMASA HAMIL

salam, kali ni aku nk share ckit psl mslh yg slalu dihadapi oleh ibu2 yg tgh mengandung..mula2 nk share psl posisi tidur, tp msti dh rmai yg tau kn..kita better tidur mengiring ke sebelah kiri..that y aku nk share psl lain plak..jom layan~~

Saat melalui kehamilan, pelbagai jenis ketidakselesaan akan anda alami. Ikuti pandangan Dr. rasliza ramli dari Pusat Perubatan KPJ Kajang agar kehamilan yang menyenangkan dapat dinikmati.

  • Masalah: Mual atau muntah
Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hingga ke-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.

Cara Mengatasi :
1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa.
4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan.
6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.

  • Masalah: Sembelit atau kembung perut
Punca: Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.

Cara Mengatasi :
1.Minum air mencukupi minimum 6 - 8 gelas sehari.
2.Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau.
3.Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus.

  • Masalah: Sakit belakang atau pinggang
Punca: Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.

Cara mengatasi:
1.Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri.
2.Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barangan yang berat.
3.Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.

  • Masalah: Pedih ulu hati
Punca: Kehamilan menyebabkan asid di dalam perut lebih banyak daripada biasa. Keadaan rahim yang makin membesar menekan perut memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus membuatkan rasa pedih di dada. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat. Oleh kerana hormon ini mengembang, melonggarkan dan meregangkan otot, jadi asid mudah naik ke esofagus.

Cara mengatasi:
1.Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
2.Keadaan tidur perlulah dalam separa duduk dan bukannya menelentang.
3.Jika berlanjutan, perlu ambil antasid untuk melegakannya.
_________________
Bersih Suci & Merawat


p/s: lps neh nk share petua menambahkn susu bdn plak..hehe..(excited plak aku~~~)


30 weeks!!!


alhamdullilah~~genap 30 minggu hari ni..sudah berubah pangkal di dpn..10 weeks to go!!!plus minus 70 hari lg lh..sungguh cepat msa berlalu skrg..esok dh nk balik kampug..sgt teruja..hahah

hari tu g KK nk amek surat kebenaran nek flight, ingt kn dr nk check dulu ke ape ke, tp dia suh tunggu kat luar ja.just kasi buku merah kat nurse tu,n then, nurse tu kasi kat dr..~~seb baik tak yg tunggu lama2..mmg rmai gila org kat KK, smpai laki aku kena tunggu kat luar, sbb kt dlm tu dh tak de tmpat nk duduk..u olls nk tau dak, kat kuching neh mmg mengamal kn prinsip 1 malaysia..smua bangsa tak kira agama n keturunan p klinik kerajaan..kalo kat semenanjung susah toi nk jumpa org cina p klinik goment kn~~yg pelik ny kat surat tu tulis aku 27 weeks, tp due date 10/11/2010..tak tahu lh writing error ke atau nurse tu yg silap tgk kat kalendar bulat tu..hehehe..whatever lh ek, yg penting dh dpt surat tu, n dh tak sbr neha nk balik kampong esok..

di sebab kn benda neh setle dgn cepat, laki aku pon ajak aku p borong kek lapis..*last week, 2 mlm berturut-turut kiteorg g survey kek lapis.ingt kn nk tempah n amek masa nk balik..tp bila smpai ja, aku tgk notis 'TEMPAHAN SUDAH DITUTUP' huhuhu...mmg rmai btoi org dok bli kek lapis..smpai nk tak terlayan owner tu..

smpai ja kat kedai kek lapis mira, hujan renyai2 plak..hehe..laki aku trus g pilih kek lapis favrot dia..agk hampa lh, sbb dpt ckit ja..so, terpaksa lh pilih yg lain..*actually kiteorg dh g rasa last week *yg 2mlm berturut-turut tu* hehe..redha je lh..n then, g yg dyg salhah plak..kat cni best ckit, sbb kedai dia aircond.selesa lh ckit dr yg mira tu..hehehe..kat cni mmg byk lh aku borong..smua neh unt family kat kg+ada member yg psn.kalo unt kiteorg je, just 2-3 ketul ja..hehe..hari tu abes dlm 7rat jg lh~~~..penuh peti ais kocik kiteorg sumbat dgn kek lapis..ada lg 2 kotak dh tak muat nk letak dlm peti~~huhu..hopefully bertahan lh smpai balik semenanjung nnti...

sumber mira
*laki aku suka sgt kek lapis cheese neh*


credit to dyg salhah

brg2 nk balik kg pon tak pack lg neh, tp dh list down....ingt kn nk pack smlm, tp 2 2 cm mls ja..nk kuar pon tak jd..*mak buyong dh tak larat* hehe~~

p/s: risau lh baby tak active sgt dlm pewut..huhu..



Sunday, August 29, 2010

maternity colection~~


u oll dh tgk lom PA&MA yg latest ny..byk gk info yg best2, mmg ada benda nk share dgn korg..next time ek..

dh nk dekat raya, so byk lh psl yg berkaitan raya..yg paling menarik perhatian aku, busana mama..aku try lh buka website mumdreams. bj2 dia not bad gk..terberkenan lh satu bj neh..

sumber mumdreams

tapi...dh abes stok dia..kalo tak silap, ada xl ja..huhu
kalo boleh, aku nk bj raya ala2 cm neh..cm bj kurung @ bj kurung pahang..kang aku balik kamis neh, akn ku terjah butik dia kat bangi..seb baik dekat ja dgn umah mertua+umah akak aku..yahoo~~*butik neh dekat dgn bangi kopitiam*

ingt kn nk recyle ja bj2 kuwung yg dh buat msa kawen, tp smua ny dh tak muat..huhu..ada lg 2-3 psg aku tak sempat nk pkai..insyaallah leh pkai masa raya haji nnti..

p/s: counting days nk balik kampung!!!

Saturday, August 28, 2010

try n error~~wedges


2 hari berturut-turut (kamis n jumaat) aku wat wedges..tp resepi lain2.. hehe..nk tgk yg mana 1 lg sedap, letak telur putih ke tak letak lg sodap..
credit to shalin sbb share resepi wedges..tp aku dh edit2 ckit resepi dia lps aku refer kt myresepi.
  • 1st day buat, aku try resepi shalin+myresepi ny..letak telur putih+black paper, alhamdullilah jd. ala2 kfc..perasan plak...hehe
  • 2nd day plak, aku try tak taruk telur putih..just bancuh tepung dgn air je, ok gk.. tp pengkiritik tetap aku ckp, yg 1st day ny lg sedap...
neh resepi wedges yg telah diedit2 oleh aku, sapa nk try leh lh..senang ja..
bahan-bahan (unt 2org)
  1. 2-3 biji kentang
  2. tepung serbaguna
  3. telur putih (sebiji)
  4. serbuk lada hitam
  5. rempah kari daging
  6. garam
cara-cara
  1. Kentang dibuang kulit dan potong bentuk wedges. lepas tu cuci bersih.
  2. Rebus kentang smpai empuk & taruk garam ckit.
  3. Bila kentang dh empuk, angkat & toskan. *jgn smpai empuk sgt,nnti kentang lembik*
  4. Bancuh tepung dgn telur putih. Lps tu, letak serbuk lada hitam, rempah kari dgn garam ckit. Make sure, bancuhan tepung tu tak pekat sgt n tak cair sgt.#kalo pekat, tmbh skit air. Biar smpai boleh salut dgn kentang.
  5. Masukkan kentang dlm bancuhan tepung td, biar dlm setengah jam.
  6. Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  7. Sedap dimakan bersama Chili Sc dan Thousand Island. Selamat Mencuba.

credit to en Google

p/s: hari ni dapur aku tak berasap~~heeh.bli kat baram ja.tu yg best kalo weekend..dpt berehat~~thanks caiyok..

Thursday, August 26, 2010

mood balik kampung~~

yahuuu!!! lg 6 hari nk balik semenanjung aka kampung..skrg neh dh tak da mood nk masak, cuma ada mood nk kemas n pack brg ja..hehe..cian kat laki aku..lately, pg2 (bkn brekfast ek, sahur tau) kiteorg minum air lo lo (ho ho dh abes hu hu..) + biskut ja..bukan main bersemangat ptg smlm nk wat mee grg msa sahur, tp dh laki bini nie sgt lh lapar sblm tidok smlm, aku pon wat lh maggie setelah puas dipaksa oleh laki aku.. :d

ptg neh nk msk nasi aym (N.9 ny version)..laki aku sgt lh cerewet kalo psl mkanan..kalo boleh nk sama cm mak dia msk ja..huhu..aku neh org kedah, mana lh terer sgt msk mskn org negori..*lps kawen, mak mertua aku siap train aku b4 aku balik kuching..dia risau lh kang menantu dia masak tak sodap unt ank kesygn dia..hehe..time tu mmg byk lh tips mak mertua aku kasi, yg mana ank dia suka, yg mana tak suka n bla bla~~*..so far, yg aku terer (tak de lh terer mana pon, tp leh lh kalo nk mkn) msk: masak lomak cili api, smbal ayam, nasi grg, bihun grg...lupa plak, telur msk kicap (favrot laki aku)haha..kalo yg neh, aku suka msk sobab sonang, copat n mudah!! kalo telor msk kicap neh, laki aku mkn tu ja,,tak yh dh nk buat sayur ka apa..tp smpai skrg aku stil fail kalo nk wat kari & rendang..ada gk 2 3 kali aku try buat, tp tak jd2 (style N.9) kalo ikut aku, ok ja..hehe!!! huhu..mgkin sbb aku tak suka sgt kot kari, tu yg kalo msk, asyek tak jd ja..hehe.. nawal, get ready ye, lps neh kena msk unt abg D...;)

hopefully lps neh, kari n rendang aku menjadi...aminnnnnnnnnnn

*dok tunggu shalin update blog dia, nk tgk resepi wedges~~

Wednesday, August 25, 2010

posisi s*** ketika hamil~~


Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

  1. Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

  2. Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

  3. Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

  4. Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.


Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?

Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

  1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
  2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
  3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
  4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.
  5. STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda

sumber: http://www.mengandung.com/newsletter/posisi-hubungan-seks-semasa-hamil.html

p/s: jgn malu2 nk bincang psl neh~~

Tuesday, August 24, 2010

ribena bandung~~~

hari ni mmg rajin btoi aku update blog..haha.. skrg neh msti rmai yg dok ngidam nk ribena bandung gara2 iklan MTS tu kn..aku biasa2 ja, tp laki aku plak yg ngidam over dr aku..hehe..layan kn je lh..

disebab kn aku terlebih rajin (sbb menu unt berbuka hari ni simple ja-nasi grg), aku nk wat ribena bandung blended..

p/s: korg berbuka apa hari ni?



r u ready?


OMG~~~esok dh msk 29 weeks..tp aku stil tak prepare apa2 pon lg psl brg baby..caya tak? hehe..next week balik semenanjung br lh nk g borong brg2 baby+mummy skali..tp disebabkn aku neh adek pompoan yg bongsu *(tp ada adek laki lg 2 org) nk gk gelaran bongsu.., so byk gk lh benda yg tak pyh nk bli..yahuuu~~
  • Napkin n selimut aku amek yg akak sulong aku ja, dia tak pkai pon lg..hehe
  • Baju yg newborn pon, mak mertua n akak ipar aku dh kasi (so, nnti just borong yg 3-6m ny)
  • Tilam tok travel (mak mertua aku kasi gk)
Tu je lh yg ada wat masa neh..tu pon, byk yg kat semenanjung..hari tu dh kasi kat mak aku suh dia basuh siap2..(bgus toi ank mustafa neh..heheh~~)

Nnti nk tgk list brg2 baby n mummy kat blog yg lain..nk list down..huhu

Neh pewut ku b4 posa hari tu~~~(yg latest ny tak amek lg gmbr)

p/s: korg dh pk lom nk pakai apa masa dlm pantang nnti.. (Nonaroguy ke ape ke)..

teringat zaman dolu-dolu~~

Puasa tahun lps, aku dok sibuk dgn preparation nk tunang..but, dis year plak, busy dgn preparation unt menyambut org baru tak lama lg~~wow..pejam celik pejam celik..cepat toi masa berlalu..

Masa nk bertunang dulu, mmg buat ala kadar je.So, tak de lh busy bebonar..hehe..mmg simple gilak lh..hntaran pon 5 bls 3 ja..*kalo ikut kan laki aku, dia mmg tak mau buat bekas2 neh*

Best gk planning last minute, tak yah lh nk perah otak lama2 nk cari idea..hehe..Nasib baik kebetulan, ada member aku mmg terer bab deco2 neh..kat dia lh aku refer..Thanks Liza..dia lh yg wat kn hntran masa tunang aku dulu..Kira ny dia byk lh dok teman aku survey2 brg,bj & hal2 yg seangkatan dgn ny..

Kalo leh, setiap kli update,msti nk taruk pic..tu yg kalo tak dak pic, mls ja nk update..:( huhuh

Nie htaran 2 2 belah pihak

Nie dr jarak dekat ckit~~

Aksi2 gedix sementara dok tunggu diorg discus~~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...